Pengikut

Rabu, 16 Mac 2016

Wanita Yang Indah Tidak Selalu Baik, Tapi Hal-Hal Yang Baik Akan Selalu Indah

Gambar Hiasan

Assalamualaikum

Pernah satu ketika dahulu aku bertemu dengan seseorang yang pada aku apabila melihat wajahnya itu tenang sangat. Sayu rasanya,wanita yang berusia dalam lingkungan 60 an di rumah orang tua di Selangor.

Bila menatap wajahnya sememangnya akan buatkan hati ini teringat mak di kampung dan banyak pekara yang dia ceritakan kepada aku. Satu persatu hal yang di ceritakan ,soal hidupnya dan banyak nasihat dia berikan pada aku. Dia kata anak tinggalkan di situ kerana dia sibuk dan isteri tak boleh terima dia.

Okey bukan soal itu tapi yang acik katakan tapi soal raut wajah wanita yang ku panggil bonda. Walaupun usianya sudah lanjut tetapi masih nampak muda dari usianya.

Bonda bila tengok wajah bonda sejuk rasa hati , apa rahsia bonda ?

Katanya dengan nada yang menyambut dengan tenang, wahai anak bonda sebagai seorang manusia tak kiralah lelaki atau perempuan.

Untuk bibir yang menarik, ucapkanlah perkataan yang baik.Untuk pipi yang lesung, tebarkanlah senyum ikhlas kepada siapapun.Untuk mata yang indah menawan, lihatlah selalu kebaikan orang lain.


Untuk tubuh yang langsing, sisihkanlah makanan untuk fakir miskin. Untuk jemari tangan, hitunglah kebajikan yang telah diperbuat orang kepadamu.Untuk wajah putih bercahaya, bersihkanlah kekotoran batin.


Anakku, janganlah sombong akan kecantikan fizikal kerana itu akan pudar oleh waktu.Kecantikan perilaku tidak akan pudar walau oleh kematian.

Jika kamu BENAR, maka kamu tidak perlu marah.Jika kamu SALAH, maka kamu wajib minta maaf.Kesabaran dengan keluarga adalah KASIH.Kesabaran dengan orang lain adalah HORMAT.Kesabaran dengan diri sendiri adalah KEYAKINAN.Kesabaran dengan TUHAN adalah IMAN.

Jangan terlalu mengingat masa lalu, kerana hal itu akan membawa AIR MATA.Jangan terlalu memikirkan masa depan, karena hal itu akan membawa KETAKUTAN.Jalankan saat ini dengan senyuman, karena hal itu akan membawa KECERIAAN.

Setiap ujian dalam hidup ini dapat membuat kamu pedih atau lebih baik.Setiap masalah yang timbul dapat menguatkan atau menghancurkan.Pilihan ada padamu, apakah kamu akan memilih menjadi korban atau pemenang.Carilah hati yang baik dan bukan wajah yang cantik/indah, kerana hal-hal yang indah tidak selalu baik, tapi hal-hal yang baik akan selalu indah.

Share This!


2 ulasan:

  1. SubhanAllah...setiap kekurangan zahir akan tidak terlihat bila terlalu cantiknya batinnya...

    BalasPadam
  2. lama tak singgah blog Acik.. seperti selalu.. entri2 acik memang the best!

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails