Pengikut

Rabu, 13 April 2016

Siput Gongong Rebus Sangat Sedap Di Cecah Sambal Dan Kamu Harus Cuba!!

Assalamualaikum

Di Teluk Sengat makanan Laut yang pelik-pelik sukar untuk di dapatkan ada di sini. Pelik kedengaran tapi sedap untuk di makan.



Acik pernah upload gambar di facebook menjamu siput berkenaan. Ramai yang bertanya apa itu ? Boleh makan ke ?
Pelik !!

Sebelum itu ketahui dulu sedikit maklumat dari wikipedia :

Siput gongong, atau nama saintifiknyaLaevistrombus canarium atau juga dikenali sebagai sinonim Strombus canarium, merupakan spesies siput boleh dimakan , moluska gastropod laut dalam keluarga Strombidae, konch sebenar. Spesies Indo-Pasifik,L. canarium hidup di dasar berlumpur dan berpasir, meragut algae dandetritus. 

Jika di tanya pada orang lama-lama mesti familiar untuk makan siput jenis ini. 

Bagaimana rasanya dan apa khasiatnya?


Rasa siput ini kenyal-kenyal dan sedap bila di cecah dengan sambal atau sos.Kenapa ramai suka kerana ianya tidak berlendir seperti siput yang lain.

Siput ini sangat bagus untuk badan kita kerana ianya membekalkan protein untuk kita.

Bagaimana cara makannya ?


Senang sangat, perlu ambil lidi pencucuk yang biasa orang cungkil gigi tu.Lepas itu, kait pada bahagian dalam siput gongong dan tarik. Lepas itu makanlah apa lagi.


Share This!


6 ulasan:

  1. selalu jumpa kulit siput ni bertaburan di pantai tapi xtau boleh dimakan n tempat nk dapatkannya.

    BalasPadam
  2. Acik buat akak terliur...dh la akak ni mmg jenis suka mencuba

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum... achik,

    nampak sedap dan menyelerakan kan... yum2... rasanyer macam siput sedut x?,.

    mselim3

    BalasPadam
  4. acik, mesti rasanya maniss kan?

    BalasPadam
  5. dah lama teringin nak makan.. tapi tak pernah jumpa pon kat kedai seafood.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails