Bagaimana Nak Tahu Dia Jodoh Kita ? | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Khamis, 30 Jun 2016

Bagaimana Nak Tahu Dia Jodoh Kita ?

Assalamualaikum

Jiwa kita selalu sepi mencari cinta yang yang tak pasti. Hati tak keruan , jiwa gundah gelana. Doa tidak pernah putus mengharapkan seribu persoalan terjawab.



Siapakah jodoh kita ? bagaimana nak tahu dia jodoh yang terbaik untuk kita ?

Persoalan-persoalan itu selalu bermain di minda. Mencari pelbagai solusi untuk jawapan tersebut.

Ada yang mencari mengunakan tukang tilik nasib, menggunakan peramal . Ada juga gunakan mandi bungga untuk mendapatkan jodoh. Tetapi ianya tetap menjadi Rahsia Allah.

Jika di tanya, acik sendiri tak tahu siapa jodoh acik .Wahualam. Tetapi pada acik penumpuan kita bukan pada jodoh kita tetapi diri kita sendiri.Muhasabah diri kita.

Apabila kita baiki diri kita, si jodoh kita juga sedang sibuk baiki dirinya juga. Ada yang kata berkenaan tentang firman Allah seperti di bawah :

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Kamu kena baca sepenuhnya kisah di sebalik Surah An Nur. Ayat di atas adalah peringatan Allah untuk di jadikan tauladan. Kisah tersebut tentang Aisyah r.a di fitnah. Nanti acik perincikan dalam satu entri yang lain.

Ketika kita ada pilihan hati buatlah istikarah. Minta petunjuk dari Allah. Jodoh yang baik, selepas lakukan solat istikharah, kita tawakal padaNya. Ada ketika bila dengar nama dia kita rasa tenang, hati tenang. Maka itu jodoh yang baik.Tapi jika kita sebut nama dia, kita rasa tak tenang, rasa gelisah, serabut  Itu petanda jodoh yang tidak baik.

Wahuallam, segalanya ketentuan ilahi.
Kita berusaha dan kadang kala kita juga di uji bertemu dengan seseorang yang cukup baik pada kita tetapi bila dah berkahwin dia berubah 100 % tunjukkan taringnya.Di situ juga terdapat ujian. 


Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. InsyaAllah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

Pilihan orang yang baik bagaimana pula tu ?

Maksudnya kita meminta ustaz atau orang alim mencarikn jodoh untuk kita. InshaAllah mereka akan carikan jodoh yang baik untuk kita. 

Jadi siapa jodoh kita adalah bergantung pada diri. Boleh jadi ianya adalah cerminan diri kita dan refeksi diri kita. Kita dah cuba jadi baik tetapi dapat yang kurang baik di situ juga lagi ujian untuk kita.

Kita doa baik-baik, kita cuba baiki diri selebihnya kita serahkan pada Allah. InshaAllah ada pelanggi selepas hujan ribut dan petir.Bersangka baik dengan Allah. 

Share This!


8 ulasan:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

nice sharing

paridah berkata...

SOAL JODOH SERAHKAN PADA YG ESA

Akupenghibur.com berkata...

betul tu.. kita serahkan pada Allah

Mummy MM berkata...

Betul tu. Kalau ikut yang baik-baik, in shaa Allah akan dapat yang baik-baik jugak. Diari Mommy Muhaimin

wawaa berkata...

jangan lupa join giveaway wawa. banyak hadiah menarik menanti!! 6 HARI LAGI TINGGAL SEBELUM GIVEAWAY TAMAT!
http://wawaabdulhadi.blogspot.my/2016/06/ramadhan-kareem-giveaway-2016.html

Sue Izza berkata...

Insya Allah,baik kita baik lah jodoh kita...Allah maha adil...

Unknown berkata...

It would be tempting to look at these Replica Rolex side-by-side.these two watches prove one of the most important principles of collecting vintage Replica Breitling.The case on the Sometimes Replica IWC does something weird, and that’s when you really need to pay attention.Rolex Air King is much more lithe than the sturdy beveled design found on such vintage sport watches as the Submariner and GMT.Sometimes Replica Omega does something weird, and that’s when you really need to pay attention.The appulse on the Replica Hermes Handbag capacity of high-end appearance brands isn’t absolutely clear.But some analysts are admiration a stronger approaching for high-end appearance brands of Replica Prada Handbag architecture affluence watch divisions.

شركات خدمات منزلية berkata...

اليوم اقدم لحضراتكم شركة من افضل الشركات التي تقوم بخدمات التنظيف والنظافة الشاملة بالسعودية
شركة الصفرات معروفة بانها الافضل والارخص والاخسن عن غيرها
فيوجد شركات عديدة وهمية احذركم ان تتعاملو معها
فشركة الصفرات شركة رسمية ولها مقر وتمتلك فريق عمل واداره
وقسم للشكاوي وضمان الخدمة
شركة الصفرات لتنظيف المجالس
يوجد الكثير من المواقع الالكترونية التي تستخدم اسم شركة الصفرات
فنحن ليس لدينا اي صلة بتلك الشركات نهائيا
فشركة الصفرات الرسمية التي تمتلك الموقع التالي فقط
اضغط علي الينك لفتح الموقع وللاستفسار بصوره كاملة عن خدمات شركتنا
شركة الصفرات لتنظيف الموكيت

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails