Pengikut

Rabu, 29 Jun 2016

Kamu Perlu Ambil Tahu Tentang Dia Sebelum Kamu Kawini Dia



Assalamualaikum

Ada seseorang tanya, acik aku tak nak couple.Aku siap untuk kawin acik, aku nak masuk meminang dia. Aku tak kisah soal rupa paras janji dia jaga agamanya. Tak berhubungan pun tak apa aku nak jaga perhubungan.Katanya.


Wah bagus sekali niat kau sahabat. Semoga Allah permudahkan niat suci itu.Bagus sekali, tetapi ada juga beberapa hal yang perlu kau ambil tahu.

Emm, maksud kau acik ? Balasnya.

Maksud aku dalam kau jaga perhubungan pada masa kau kena ambil tahu tentang bakal calon tu. Pernah jumpa ?

Tak pernah.. balasnya.

Perkara yang digalakkan oleh Islam ialah seseorang lelaki melihat perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan.


Ini disunatkan jika lelaki tersebut benar-benar berniat untuk mengahwininya dan berharap peminangannya akan diterima. Syarak membenarkan lelaki tersebut melihatnya tanpa meminta kebenaran dan tanpa pengetahuannya supaya dia tidak berhias terlebih dahulu. Jika perempuan tersebut, tujuan melihat tidak akan tercapai.


Pada lelaki yang dah bertunang boleh melihat bakal tunangnya dua atau tiga kali jika perlu melihat keadaan wanita tersebut dengan lebih jelas lagi. Ini dilakukan untuk mengelakkan kekecewaan selepas berkahwin. Ini kerana biasanya, matlamat yang dikehendaki tidak tercapai dengan sekali pandang.



Nabi SAW bersabda kepada Mughirah bin Syu'bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita,yang bermaksud:



"Lihatlah perempuan itu, kerana ia lebih menimbulkan kasih sayang di antara kamu berdua."

(Hadis riwayat Tirmidzi dan beliau menghukumnya hasan, dalam kitab nikah, bab hadis-hadis berkaitan dengan melihat tunang, no 1087; Ibnu Majah dalam kitab nikah, bab melihat perempuan apabila ingin berkahwin dengannya, no 1865 dan lain-lain).


Perlu juga ambil tahu tentang latar belakangnya. Tentang keluarganya dan berkenalan. Paling bagus kau taaruf dengan dia.

Oh macam itu acik , taaruf itu apa pulak ", katanya lgi.

Secara bahasa ta'aruf   bermakna ‘berkenalan’ atau ‘saling mengenal’. Taaruf ialah mengenal calon isteri/suami, dengan harapan ketika bersesuaian antara kedua belah pihak berlanjut dengan pernikahan.


Jika rasa dah berkenan teruslah merisik dan meminang. Kan lebih baik untuk kau. 

Tapi kenapa pula kena tahu latar belakang dia, katanya lagi.

Salah sebab untuk melihat bagaimana tingkah laku dia. Cara yang boleh seperti melihat apa yang post di laman sosial.Gambar-gambar yang di ambil bersama rakan dan pergaulan dia.

Kena tahu juga mak dia macam mana, keluarga dia juga. Untuk elakkan menyesal di kemudian hari.

Ohh macam itu, terima kasih acik., balasnya lagi.

aku hanya senyum padanya, bahagia bila tengok sahabatku bahagia

Share This!


4 ulasan:

Normi Nieza berkata...

acik..naper gambar tu bsar sagt...apa2 pon good entry,,...:)

Abam Kie berkata...

achik bila nak naik pelamin ni? jgn lupa jemput abe kie ye?

Mommy Muhaimin berkata...

Nice sharing. Baru tahu hukum hakam bab-bab tengok menengok ni. Heheh. Diari Mommy Muhaimin

Ieyka Syafieka berkata...

perkongsian yg menarik tentang taaruf.. ^_^

salam singgah dari blog https://pandapandaibercakap.blogspot.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails