Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika Kamu Jaga Dia Elok-Elok Pasti Dia Juga Jaga Kamu Elok-Elok

ehsan google
Assalamualaikum

Begitu susahnya membesarkan anak dari kecil, ragamnya tagisannya, sakitnya. Melahirkan bagai nak putus nyawa. Di beri didikan agama dan ilmu. Kian tumbuh remaja mencari erti cinta.

Bertahun lama, korbankan masa , korbankan wang untuk seseorang yang amat di sayangi. Tetapi begitu mudah kita sakiti dia, pukul dia, tinggalkan dia , kecewakan dia kerana keinginan kita yang terlalu tinggi iaitu kesempurnaan.

Siapa pun pasti tak nak kecewa, walhal orang bisu juga mereka mendambakan cinta sejati.Carilah cinta sejati dengan mengenali kalamNya dan kenal Maha Pencipta. Segalanya perlu proses dalam kehidupan.Belajarlah hormati diri sendiri dahulu. Jangan seksa diri hanya kerana cinta dan jangan jadi hamba cinta.


Persiapi diri kita, jangan terlalu bergantung pada pasangan kita. Tetapi belajarlah berdikari untuk bersedia apa jua yang mendatang.

Kenapa ?

Kerana dalam hidup ini penuh dengan kejutan. Kejutan yang sangat memeranjatkan diri, dada turun naik bagaikan hilang oxygen, otak menjadi beku hilang bagaikan waktu terhenti.

Masa kini tak mustahil, 10 tahun bercinta tetapi kahwini orang lain. 20 tahun Bersama bercerai berai kerana hilang kesefahaman.  Sebulan kenal terus kawin ,tahu-tahu anak dah 10. Semuanya tetap merupakan ketentuan Allah. Begitu hebatnya ujian Allah untuk kita terutama soal Rezeki ,Jodoh, pertemuan dan Kematian.

Jika kita sayang dia, jagalah dia. Jika kita kasih dia lindungilah dia, jika ehsan dia maka kasihlah dia. Jika ada masalah bawalah berbincang, bergaduh itu biasa tetapi jangan ada dendam. Luahkan tika gembira, bawalah musyawarah. Jika satu ketika kita rasa tak sehaluan lihatlah,segala kebaikan yang pernah dia lakukan. Jangan sakiti dia,jangan pukul dia, jangan maki dia tetapi berikan teladan yang baik.

Jika kamu jaga dia elok-elok pasti dia juga jaga kamu elok-elok.


Catat Ulasan

3 Ulasan