Pengikut

Selasa, 12 Julai 2016

Jika Mencintai Carilah Cinta Kerana Allah Dan Cinta Itu Boleh Di Pupuk

ehsan google
Assalamualaikum

Aku terfikir, kenapa orang dulu-dulu kawin atas persetujuan keluarga. Alhamdulilah bahagia dan ada itu anak sampai 10 orang. 

Tapi orang sekarang ? 

Perjuangkan cinta sejati apabila tak di restui. Pilihan mak ayah tidak releven lagi kerana kita akan hidup dengannya bukan mak ayah,kita, kata mereka.

Bila terjadi sendiri pada aku sendiri. Aku faham.Kita berusaha semampu kita, kita jaga dalam perhubungan dan tindakan kita tetapi dia bukan jodoh aku.Dia kahwini orang lain. 

Tapi dia pernah janji sehidup semati ?

Itulah hanya lafaz ketika hati bunga-bunga tetapi bila hal bergini berlaku ianya hanya ungkapan sahaja. 

Aku tengok dia bahagia, sudah ada anak 2 orang. 

Rupanya cinta itu boleh di pupuk. Walaupun sebenci mana kita, bila dia jaga kita baik-baik rupanya sayang itu muncul. 

Lebih indah lagi jika mencintai kerana Allah pasti di berkati. Cinta lepas nikah itu lebih indah rupanya. 

Carilah cinta kerana Allah, datang dan perginya ada hikmah untuk kita. Cinta keranaNya pasti mengikut syiar islam mengikut landasan yang betul.InshaAllah ada kemanisan iman untuk kita.

Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda:
“Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.”

Jadi jika mencintai carilah cinta Allah dan cinta itu boleh di pupuk dengan seseorang yang baru kita kenal. Yakini Allah dan yakinkan segenap hati Allah ada perancangan terbaik untuk kita.  

Share This!


7 ulasan:

  1. Singgah baca! Selamat Hari Raya

    BalasPadam
  2. Kesiannya. Bertabahlah yea. In shaa Allah, Allah akan bagi jodoh lebih baik. Diari Mommy Muhaimin

    BalasPadam
  3. Cinta kerana Allah adalah cinta yg suci abadi, in shaa Allah... subhanallah...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Acik... maaf zahir dan batin. Salam ceria selalu... :)

    BalasPadam
  4. Bercinta selepas kahwin lebih diredhai.

    BalasPadam
  5. Cinta itu Indah. Tetapi lebih indah bila Cinta kepada Allah SWT.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails