Pengikut

Ahad, 18 September 2016

Jangan merendah-rendahkan sekiranya ada orang berkahwin lambat


Assalamualaikum

Sedang kyusuk ku bergolek di hari minggu, tiba-tiba handphone berbunyi, eh siapa pula yang mesej petang hari nie ?

Tercatat nama dia.Linda, oh seorang kenalan sewaktu di politeknik. Ku gigihkan membaca mesej;


Assalamualaikum, acik ingat Linda lagi? Acik aku sedihlah kemana aku pergi pasti ada perli aku. Dah berusia tapi belum temui jodoh. Bukan aku nak kawin lambat. Tolong bagi semangat pada aku acik.

Acik suka ingatkan diri acik dan pembaca blog acik .Jangan merendah-rendahkan sekiranya ada orang berkahwin lambat..

Kerana..
Cepat atau lambatnya seseorang itu ditakdirkan berkahwin, bukanlah bererti seseorang itu mulia atau hina disisi Allah Ta'ala.Bukan semua yang lambat berkahwin itu mahu ianya terjadi.Namun hakikatnya, Allah lah yang telah mengatur perjalanan hidupnya sebegitu rupa..

Sekiranya kamu merendah-rendahkan orang yang lambat berkahwin, sebenarnya kamu telah 'merendah-rendahkah' takdir Allah yang ditetapkan keatasnya..

Bukan lebih elok, sama-sama kamu bantu dia. Bagaimana caranya ?

Pertama melalui doa ,semoga Allah permudahkan soal jodohnya.


Kedua bantulah dia dengan taaruf dengan orang yang kita kenali yang baik agamanya.

Kekadang lambat tak semestinya derita, dan cepat itu tak semestinya bahagia.Semuanya terpulang pada diri masing-masing untuk bagaimana membawa kebahagiaan itu kedalam perkahwinannya..

Mungkin lambat ia ditakdirkan seseorang itu berkahwin kerana Allah ingin mengurniakan seseorang yang lebih baik kepadanya :)

Wahai hati yang membaca, bersangka baiklah dengan Allah.

Share This!


15 ulasan:

  1. mentaliti org kita.Ish3.Abaikan je.

    BalasPadam
  2. Ye setuju sangat2... yakin lah dengan perancangan Allah swt

    BalasPadam
  3. akak pun kawin dah 30++ ,ignore je mulut orang,yang penting dekatkan diri dan jaga hubungan dengan Allah insya allah,tenang.dah lalui di kata siap di caci kata anak dara tua,akak senyum je tak pun gelak-gelak dan blah,tak yah simpan dalam hati,masuk teinga kanan kuar telinga kiri,hidup kita,kita yang tahu susah payah jerih perih,orang tak tahu.

    BalasPadam
  4. rezeki ajal maut jodoh bukan ditangan kita kan?semuanya Allah punya kuasa...

    BalasPadam
  5. MOTIVASI untuk mereka2 seperti Linda... "Mungkin lambat ia ditakdirkan seseorang itu berkahwin kerana Allah ingin mengurniakan seseorang yang lebih baik kepadanya"

    BalasPadam
  6. kalau bahasa kasar nya...
    kalau lambat kahwin tu bukan bermakna tak laku ya...
    jodoh Allah itu ada cuma masa mungkin belum sesuai...
    jadi,tak perlu la nak perli org yg lambat kahwin nie...
    lebih baik doakan semoga Allah cepatkan jodoh mereka...:)

    BalasPadam
  7. La ni org dh xkisah lagi kalau gadis lambat kahwin kot sbb bukan ganjil fenomena alaf baru ni...cuma harus pandai bawa diri n sesuaikan dgn keadaan yg dilewati.

    BalasPadam
  8. ehh mcm sama je nama tu,hihihi
    insyallah jodoh tu ada cuma belum
    sampai masanya kan...

    BalasPadam
  9. Sye stju kata2 saudara.. Takdir kita manusia smua lain2 tidak sama.. Semuanya tlh dirancang Allah s.w.t sebaik2 perancang..

    BalasPadam
  10. Saya setuju sgt2..."Mungkin seseorang yang ditakdirkan lambat berkahwin kerana Allah S.W.T ingin mengurniakan seseorang (Imama) yang lebih baik kepadanya" yang kekal hingga ke Jannah Nya...aminn...

    BalasPadam
  11. Sya pun da 42 blm kawin..tp sya amat yakin perancangn Allah tetap yg terbaikk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius akak dh 42? Nmpk mcm lewat 20-an ja :)

      Padam
  12. Ya.. Setuju dengn acik.. Perancangn Allah lebih baik dri perancangan manusia..

    BalasPadam
  13. tula kdg2 tersentuh juga hati ni..tp apakan daya berbaik sangka pd takdir Allah..ms yg ad dpt diluangkn bsama org tua dan dlm ms yg sm usaha mpbaiki diri mnjd insan yg lbh baik..inshaallah kite tak tahu kan rezeki Allah..sy sntiasa pujuk hati sdri tp adakala tenggelam dgn emosi sdri..smga kita smua trs diberi kekuatan dan kesabaran..inshaallah smoga Allah mndgr doa dan hajat kita semua..amin Inshaallah

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails