Ticker

6/recent/ticker-posts

Pekara Yang Penting Tetapi Segelintir Lelaki Abaikannya



Assalamualaikum 


Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah yang di pinjamkan sementara untuk kita. Ucapkanlah syukur kepadaNya atas nikmat yang tak terhingga ini. Kalau kita dapat perhatikan isu perempuan tak menutup aurat menjadi persoalan yang hebat dan akan di debatkan di mana sahaja sama ada di dunia realiti mahupun dunia maya. Perempuan perlu menjaga aurat mereka dengan sewajarnya untuk menjadikan dia wanita yang menjaga maruah diri dan solehah, itu sangat betul, tidak di nafikan.

Tetapi di sebalik kita tempeliak kepada orang lain, kita juga perlu merenungi setiap segenap ruang dalam hidup kita. Adakah kita menjaganya juga ? 

Kalau lelaki pakai seluar pendek ,nampak seperti biasa, seolah-olah tiada masalah. Ayat yang biasa.

Kalau lelaki pakai seluar pendek ,nampak seperti biasa, seolah-olah tiada masalah. Ayat yang biasa 
Ala bukan apa-apa pun kalau pakai seluar pendek
Bukan luak pun kalau aku pakai seluar pendek
Ini biasalah bro trend sekarang
siapa nak tengok bro
seluar panjang panas la bro, tak selesa

Aurat lelaki selalu di pandang remeh oleh sesetengah individu berbanding aurat perempuan , kenapa ? Jika terlihat ada wanita yang memakai tudung singkat, kecil, pakai legging, pakai skirt, dan bermacam-macam lagi, akan terdengarlah ramai kaum lelaki yang akan bising-bising menyalahkan, mengherdik, mencaci dan sebagainya. Biasanya kata mereka adalah untuk menyedarkan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ISLAM.

Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat ISLAM, tetapi sedarkan sahabat sekalian bahawa kamu juga diperhatikan kaum wanita?


Acik sebagai seorang lelaki juga malu apabila ditegur bahawa lelaki lagi ramai yang tidak menutup aurat, tetapi kenapa tiada yang bising-bising dan ambil tindakan?

Bukanlah apa, kita sebagai lelaki perlu juga menjaganya, aurat seorang lelaki. Kan lebih elok kalau keluar tu pakai seluar panjang ataupun yang seluar bawah lutut tu. Tak susah lelaki nak tutup aurat. 


lelaki tutup aurat

Kalau perempuan pula jangan pula bila tengok lelaki janji muka handsome dan badan berketak-ketak. Tak juga ambil peduli tentang pemakaian seorang lelaki itu. Yelah kalau tengok pemain bola atau lelaki yang keluar ke bandar atau pasaraya pakai seluar pendek itu nampak seperti cool. adakah itu di namakan cool ? 



Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2011/09/aku-masuk-neraka-keranamu.html?search=aurat+lelaki#uds-search-results

Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.



Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;

1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.

Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-masing adalah MAKRUH.

2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

Lelaki dalam menjaga aurat itu tidak sepayah perempuan, jadi jagalah. Sama-sama kita membaiki diri dalam apa jua alasannya.  Acik menaip ini juga untuk mengingatkan diri ini yang kadang kala alpa, moga kita mendapat keberkatan dari Allah. amin , wasalam.





Catat Ulasan

2 Ulasan

Cik Ummi berkata…
Hm.. sebab terlalu mudah lah kaum lelaki selalu pandang remeh pasal aurat dorang..
sedih je tgk >_<
Unknown berkata…
Then the actual elevated numbers, last but not least through the middle of the actual hublot replica using its cutout look at to some coating beneath. This Rolex replica UK coating appears to imitate the rolex replica dish along with perlage, however it is really seriously reduce regarding appear a lot more like the Japoneses enthusiast design. We very first considered rolex replica sale because utilized on Apple company tag heuer replica sale however they are utilizing sapphire right here, obviously. After that rolex replica uk the mention of the vehicles in the past due sixties as well as earlier 1970s such as the Kia Mustang, additionally seems like tag heuer replica sale because man Rolexs tend to be known as I’ll allow you to rolex replica uk the actual adjectives which picture is intended in order to stimulate.