Pengikut

Ahad, 25 September 2016

Pandangan Kita Terhadap Seseorang Itu Merupakan Pantulan Sebenar Hati Kita



Assalamualaikum

Sombong gila minat nie !! kerek pula tu , cetusan hati.

Tetapi makin aku kenal dia, makin aku tahu dia bagaimana. Tidak seperti apa yang aku sangkakan. Ishh hati nie sering bersangka buruk dengan orang. Rupanya baik orangnya cuma muka dia ganas.


Betapa prajudisnya kita terhadap seseorang sehinggakan kita letakkan satu pandangan terburuk untuk dia walaupun kita tak kenal dia.

Tapi acik, sekarang nie susah nak tahu seseorang itu baik atau tak banyak jenis pentingkan diri, sahut sahabatku.

Memang betul, tak di nafikan. Tapikan tak semua orang itu. Jika niat kita baik, berkawan dengan orang yang baik-baik.InshaAllah Dia senantiasa melindungi kita.

Berjaga-jaga tak salah, tapi adillah jika kita menghakimi berdasarkan penampilan dan wajah dia.


Kadang ada orang muka nampak baik tetapi ya rabbi panas baran, kaki pukul, mulut pedas dan sebagainya.

Ada orang muka ganas, tapi baik hati, penyayang, baik budi pekerti dan sebagainya.

Jangan pernah menyesal mengenali seseorang kerana :

1) Seorang yang BAIK akan membahagiakan.
2) Yang TIDAK BAIK adalah pengalaman.
3) Yang TERBURUK memberi pengajaran.
4) Yang TERBAIK ingat sebagai kenangan.

Pandangan kita pada seseorang yang kita kenal atau tidak itu merupakan pantulan sebenar hati kita. Bila kita selalu bersangka baik maka hati kita juga selalu bersangk baik. Bila kita letakkan prajudis, suuzon maka hati kita  juga begitu.Jagalah hati jangan biarkan titik-titik hitam menguasai.

Jadi berikan peluang dan ruang untuk kita lebih mengenali. Hai saya acik 😊


Share This!


2 ulasan:

  1. Hi Acik. heheheh. Saya muka je sombong tapi tak sombong :P

    BalasPadam
  2. Hai acik, muka saya tak sombong tp saya eksyen. heheheh

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails