Pengikut

Isnin, 17 Oktober 2016

Berilah Peluang Pada Mereka Yang Lebih Sayang Kita, Berbanding Kita Sayang Dia


sumber gambar

Assalamualaikum

Hidup kita sememangnya mempunyai pilihan mencinta dan di cintai. Tetapi kita sering di uji soal perasaan. Ketika kita sukakan pada seseorang, tetapi orang itu anggap kita sebagai kawan.Apabila kita seseorang itu sukakan kita tetapi kita pula tak ada perasaan untuk kita.


Aneh betul soal perasaan ini, tetapi mak selalu nasihat acik.

" Kita kena bagi peluang pada mereka yang lebih sayang kita , berbanding kita sayang dia. Kerana dia lebih menghargai kita dan soal cinta itu boleh di pupuk"

Acik sangat setuju dengan mak. Ada ketika kita harus memberi peluang kepada mereka lebih cinta kita kerana Allah. InshaAllah dia akan jaga kita dengan baik dan menghargai kita sebagaimana susahnya untuk dapatkan kita.

Allah sayang kita, sebab itu di hantarkan orang yang sayang kita.Untuk menyayangi kita dan menghargai kita.Cuma kadang kita tak perasan.

Dalam doa kita mahukan jodoh yang baik maka Allah hantarkan terbaik untuk kita.

Cukuplah !cukuplah kita memperbodohkan diri kita,mencintai orang tak cintai kita. Jangan membazirkan air matamu.

Kita berkenalan secara tak sengaja,adalah Perancangan Allah..

Kita berkawan begitu lama bertahan pun, Allah yang rancang..

Kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga, Allah yang beri.Kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa, Allah yang aturkan.


Kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana, Allah sayang pada kita.

Kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga, Allah yang rancang.Kita berdo untuk kebahgiaan masing-masing juga, Allah yang detikkan dalam hati kita..

Dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkenalan sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga Allah yang akan tentukan jadi, usah risau..

Andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untuk kita.InsyaAllah kita akan bersatu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa..


Share This!


8 ulasan:

Uncle Zuan berkata...

terima kasih atas peringatan ni acik. harap bertemu jodoh yang terbaik untuk kita

akmal mehat berkata...

perkongsian yg sangat bermanfaat utk kita semua.terima kasih acik,sama-sama kita berdoa agar Allah berikan petunjuk dan hidayah dlm soal jodoh ni.

aqoo_24 berkata...

terima kasih...sy suka baca semua pndpt acik...mmberi semngt kpd sy..

Budy TravellingAddict berkata...

Terima kasih Perkongsian yg sangat bermanfaat untuk kita semua

Regards
Budy | Travelling Addict
www.travellingaddict.com

Nieyl berkata...

Kata org,biar kita kahwin dengan mereka yang sayang dan cintai kita...InsyaÁllah...

IK Tia berkata...

macam husband aku. thankyou husband.

Azlinda Azman berkata...

Betul tu, kalau dah jodh ....memang itu jodoh kita. Kalau bukan jodoh kita, genggam macamamana pun akan terlepas

paridah berkata...

Semoga ditemukan jodoh yg diharapkan. pasangan kita saling melengkapkan keperluan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails