Pengikut

Selasa, 18 Oktober 2016

Kasih Sayang Allah Bagi Mereka MencintaiNya Melalui Ujian



Assalamualaikum

Gerimis mengundang,
Awam mula redup menutupi cahaya,
Sang mentari kelam seolah memahami hati ini,
Sayu terbawa pesona alam.
Hati terus menyebut memujiNya.

Tetapi di mindaku, terdapat banyak persoalan. Terdapat banyak jawapan yang di inginkan.

Aku tahu Allah uji aku kerana Allah sayang aku, aku hadam itu. Tetapi hatilah sering mahukan kepastian, degilnya mempengaruhi emosiku.

Ya rab, hati ini kadang sering berkata sendiri.

" Niat aku menjaga mak di kampung, tapi ya rab rezeki untuk dapat kerja tetap itu susahnya ya rab. Berpuluh interview tapi susahnya nak dapat kerja. Aku tak mahu mak bimbang, aku mahu bantu dia"

"Ya rab hati ini sepi, temuikan aku dengan seseorang selayaknya untukku,


Tiada selain dari diriMu yang mampu membantu.Ya rab berilah petunjukkan padaku agar hati terus bertahan.

Entah mengapa, bila bangun dari tidur. Ku capai tafsir Al Quran. Aku terus membuka tafsir tersebut. Mata ku terpaku dan terpesona dengan ayat surah al baqarah.

 “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.” (Al-BAqarah: 155-158)

Hati ini menjadi lega, alhandulilah ianya mampu menenangkan jiwaku. Aku berusaha ,sabar dan aku serahkan segalaNya pada Allah.

Teringat satu kisah yang pernah mak ceritakan : 

Rasulullah SAW pernah melewati di sebelah seorang wanita yang menangisi kematian anaknya. Baginda berkata kepadanya, “Takutlah kepada Allah dan bersabarlah.” Wanita itu berkata, “Engkau tidak rasa musibah yang aku alami.” Ketika Rasulullah SAW berlalu dari situ ada sahabat berkata kepada wanita itu bahawa orang yang menasihati tadi adalah Rasulullah SAW. Alangkah terkejutnya wanita itu, dia segera pergi ke rumah Rasulullah SAW dan berdiri pintunya. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, tadi aku tidak mengenalmu. Sekarang aku sabar.” Rasulullah SAW bersabda, “Sabar itu di awal musibah.” (Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Ujian selalu bersama orang beriman lelaki dan perempuan, baik pada diri, anak dan hartanya, sampai dia bertemu Allah dalam keadaan tidak mempunyai satu kesalahan pun.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)

Semoga aku dan para pembaca blog ini antara orang sabar. Amin ya rab

Share This!


2 ulasan:

  1. ingat janji TUHAN,
    Lepas susah pasti akan sennag....insyaALLAH

    BalasPadam
  2. Allah sentiasa tepati Janjinya....
    InsyaÁllah...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails