Ticker

6/recent/ticker-posts

Kebahgiaan Dia Adalah Kebahgiaan Aku, Moga Until Jannah


Assalamualaikum

Orang selalu kata, nak bahagia mesti kena ada duit banyak, kereta besar, rumah besar. Tetapi semakin di cari semakin sesak dengan ujian.

Duit memang boleh beli apa sahaja tetapi duit tak boleh beli kasih sayang dan keberkatan. Keberkatan itu sangat penting pada aku.


Walau aku kerja gaji kecil, tetapi setiap bulan itu ada sahaja rezeki lain masuk. Ramai yang tanya aku, acik junior dan kawan-kawan kita ramai dah kawin, kau ?

Aku hanya mampu tersenyum. 

Biarlah mereka nak kata apa, tetapi aku tekad. Aku akan cuba bahagiakan mak aku dulu.Kerana kebahgiaan dia adalah kebahgiaan aku.

Memang benar bila kawin ada rezeki, boleh bantu mak ayah kita. Tapi lain, lain keadaannya. Ketika itu kita ada komitment dan tanggungjawab pada keluarga kita.

Bila kau rapat dengan mereka, kau akan faham keadaan mereka. Mereka perlukan perhatian dan kasih sayang kita sebagai anak. 

Pernah terfikir, apa mereka teringin nak makan ? 
Teringin nak pergi jalan-jalan.

Kadang mereka hanya melihat kegembiraan kita di laman sosial keluar sana sini, pergi sana sini. Pernah kita fikir perasaan mereka ?

Kita megah dengan kejayaan kita, kita megah dengan apa yang kita ada. Tapi sedarkah kita, segala yang kita ada adalah kerana doa mak ayah kita yang tak pernah putus.

Biarlah apa mereka nak kata, aku tekad untuk bahagiakan dia dengan apa jua caranya. Aku tak mampu janji bulan dan bintang tetapi aku cuba selalu ada dengan mak. 

Bila lihat wajahnya tersenyum, aku cukup bahagia,
bila aku tengok dia bahagia, akulah orang paling bahagia.

Mak dia sedih dia sembunyikan,
mak dia sakit dia diamkan,
mak tetap cuba buat terbaik untuk kita


Soal jodoh aku serahkan pada Allah. Allah lebih mengetahui yang terbaik untukku. 

Wahai sahabat, andai kau tahu perasaan ibu dan ayahmu. Mereka begitu sayang padamu.Telefonlah jika ada ruang waktu.

Jika ingin dirimu di berkati, berikan sedikit dari gajimu walau sedikit, hulurlah pada mereka. 

InshaAllah keberkatan itu ada. 



Catat Ulasan

3 Ulasan

Mazni Azmi berkata…
Semoga Allah kurniakan tuan penghibur dengan jodoh yang direstui ibu bapa dan diberkati ilahi.
.
Amin. Begitu teliti tuan fikirkan kebajikan mak ayah
paridah berkata…
Tahniah acik seorang anak soleh yg sentiasa fikirkan kbhgiaan orang tuanya
Cik Itah berkata…
inshaa Allah..semoga dipermudahkan semuanya untuk acik