Pengikut

Rabu, 9 November 2016

Cara Mudah Beli Tiket Secara Online Dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Assalamualaikum

Pernah beberapa kali aku tak dapat balik ke kampung sebab tiket habis. Masa itu aku duduk Bukit Jalil, pula itu masa itu musim perayaan. Memang tidur di Terminal Bersepadu Selatan(TBS). Beberapa minggu lepas pun sama sekali lagi berlaku, aku dan mak pergi ke KL.

Masa itu Deepavali, tiket semua hampir semua sold out. Mak dah risau pula itu adik nak SPM. Naseblah aku teringat kawan pernah ajar aku beli tiket secara online.Ianya dari TBS kemana sahaja kamu nak pergi.

Mudah rupanya.

Pertama sekali : Pergi ke TBS E-Tiket (klik sini )



Kedua : Daftar

Jika kamu sudah ada akaun dan login. Jika tiada lagi akaun kamu perlu isikan detail seperti di bawah.



Setelah daftar, tunggu pengesahan di email dan tekan link yang di beri dan login.

Ketiga : Setelah login, pilih tarikh yang kamu pergi. Tentukan bus yang kamu mahukan, seperti contoh causelink. Kamu boleh pilih mengikut bus kesukaan dan berapa orang.


Kemudian search.

Setelah search akan keluar seperti di atas.Pilih waktu yang kamu mahukan mengikut jadual seperti di bawah dan klik.




Setelah klik akan keluar seperti gambar di bawah tempat duduk bus . Jadi pilih tempat duduk dan tekan. Di situ terdapat penyataan tempat duduk mana telah ada orang atau tiket di beli.Setelah pilih tempat duduk, tekan payment.


Keempat : Buat pembayaran

Setelah itu, masukkan maklumat pemilik tiket dan buat pembayaran. Pembayaran menggunakan meps , visa dan sebagainya. Buat pengesahan dan buat pembayaran.


Setelah itu tiket yang sudah di beli, akan di hantarkan ke email kamu untuk bukti pembeliaan tiket.

Senang bukan ?

Untuk tebus tiket senang sahaja pergi ke kuanter di TBS di tempahan awal tiket.

Share This!


4 ulasan:

luqman zakaria berkata...

mungkin boleh cuba Catchthatbus jgk sebab method dia lebih kurang jer.hehe

Inani Hazwani berkata...

Memang senang guna yang online ni, dulu kawan ajar jugak cara yang macam ni :)

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

nice sharing

Mama Kembar 3 berkata...

Mama baru je beli tiket bas guna Easybook. Nak buat entri gak lah hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails