Ticker

6/recent/ticker-posts

7 Pekara Mesti Kamu Buat Ketika Masih Bujang



Assalamualaikum

Setiap insan ada cita-cita dan harapan. Semua orang mahukan kebahgiaan dan bertemu dengan jodoh yang di impikan. Tetapi ada diuji dengan belum bertemu jodoh. Kadang kala single itu lebih baik untuk mengenal diri kita dan mengenal lebih pencipta kita.

Masa kita bersendirian inilah kita boleh lakukan apa yang kita mahukan. Pekara yang perlu kamu lakukan ketika waktu bujang adalah !

1. Jagalah mak dan ayah kamu.

Walaupun kita masih belajar, jagalah mereka dengan sentiasa bertanya khabar, telefon dan jaga perasaan mereka. Bila kita bersendirian ini habislah masa bersama mereka. Bawalah jalan-jalan, belanja makan dan hulurkan bantuan semampunya. Bahagiankan mereka.Alhamdulilah acik sedang laksanakan, pindah johor untuk dekat dengan mak.


2. Carilah aset diri dan simpanan

Saat inilah sebenarnya untuk kamu kumpul aset. Aset bukan hanya kereta mewah, motor besar. Tetapi adalah rumah, simpanan bulanan untuk diri kita. Setiap bulan potong gaji, simpan duit untuk simpanan masa akan datang. Ataupun untuk tabungan kawin nanti.

3. Baiki diri dan lengkapi ilmu agama.

Kita bakal jadi suami/ayah, kita bakal jadi ibu/isteri. Lengkapi diri kita dengan ilmu agama agar nanti kita dapat suami/isteri dan mahupun jadi anak yang baik. Pergilah usrah dan kuliah mahupun kelas-kelas agama. Kerana di dunia ini, kita sentiasa belajar.

4.Travel lah ketempat impian

Orang kata luas perjalanan, luas pemandangan. Jika berkesempatan pergilah ke negeri mahupun negara orang untuk pengalaman diri kita. Lakukan aktiviti bermanfaat. Tetapi ikutlah kemampuan masing-masing.

5. Carilah jodoh.

Jodoh itu memang rahsia Allah. Tetapi kita perlulah juga berusaha untuk mendapatkannya. Jangan terlalu memilih dan letakkan ciri khusus untuk jodoh. Asalkan baik agamanya, dan sedap mata memandang , segerakanlah.
.

6. Jagalah kesihatan diri.

Walaulun kita single, kesihatan perlu di utamakan, jaga makan dan jaga kesihatan diri. Untuk memikat si dia kebersihan diri perlu jaga, kesihatan juga. Muda-muda ada darah tinggi, diabetis?. Perempuan suka lelaki tak merokok tau. Jangan lupa jaga tubuh badan dengan biobax. Sakit badan  sakit pinggang boleh sapu.Hehe

7.Tabungan Halimunan

Apa yang acik belajar ada dari seorang blogger hebat adalah tabungan halimunan. Tabungan ini adalah simpanan mesti kita buat mungkin tujuan untuk simpanan perkahwinan mahupun kegunaan lain. Simpanan itu mungkin dalam jumlah tertentu. Contoh RM 50 dan setiap bulan simpan dan lupakan, anggapnya tak pernah wujud. Bila betul-betul sangat-sangat memerlukan baru guna.

Ok sampai sini dulu, ada nak tambah ?.
Mehlah komen nanti acik kemaskini.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Inani Hazwani berkata…
Nombor empat tu tak berapa sempat lagi nak buat. Hahah !
aswaleyla berkata…
sokong acik. buat semua tu sementara ada komitmen yang lebih tinggi
no 7 tu memang
wajib buat...emergency boleh gunakan
emarieys berkata…
Tabungan itu penting, elakkan buat pinjaman untuk berkahwin.
Unknown berkata…
No 5 tu,, sukar laa.. Mmmmm...