Pengikut

Isnin, 30 Januari 2017

Bagaimana Nak Tahu Kawan Itu Kau Boleh Percaya Atau Tidak ?



Assalamualaikum

Adat dalam kita berkawan ini jangan terlalu percaya sangat. Jangan semua benda kau  nak cerita. Memang kita rasa dia sekepala,memang kita rasa dia boleh masuk dengan jiwa kita. Tapi hakikatnya ramai jenis kuih talam.

Ehh talam dua muka.

Fikir dulu sebelum cakap, kerana kalau terlepas cakap walaupun dalam gurauan. Ada yang kaki mengadu. Jangan ingat dia layan kau baik, dia selalu nasihat kau. Mungkin kau rasa sekepala dengan dia.

Manusia bro, boleh berubah sekelip mata.Macam mana nak tahu dia seseorang boleh percaya atau tidak ?

1. Dia tak suka cakap pasal orang.

Kalau kawan-kawan kau , duduk berborak dengan dia. Dia suka cerita pasal kawan-kawan yang lain. Hati-hati ! mungkin dengan kawan yang lain dia juga bicara pasal kau. Kalau dia bila berbual tu biasa-biasa jenis selamba. Pasal orang lain tak adalah nak jadi isu untuk di cerita, mungkin dia boleh jadi kawan.

2. Test kawan tersebut.

Acik suka test kawan-kawan nak tengok macam mana. Senang je, contoh aku bagitahu sedikit rahsia mungkin tentang diri aku. Nak tengok ada tak orang lain tahu. Kalau cerita yang cerita itu tetiba kawan kau tanya , " eh betul ke kau macam tu ?". Sah kawan kau jenis mulut karipap jenis terbuka inti karipapnya kosong. Kaki kepoh.

3. Dia sanggup cerita kisah peribadi dengan kau.

Bila seseorang dia percaya, pastinya dia akan cerita soal personal dengan kau untuk minta pandangan ataupun nasihat. Kalau dia cerita dengan kau makna dia percaya dengan kau. Jangan pula kau jadi kaki kepoh. Tahu itu diam lebih baik melainkan sesuatu itu tidak memudaratkan. Untuk berkongsi itupun perlu berpada-pada.

4. Kawan kerja kau add dia di laman sosial.

Kalau kawan-kawan tempat kau kerja kau add dia di facebook. Itu maknanya kau percaya dengan dia untuk tahu tentang aktiviti kau. Bukan kaki bahan dan menyibuk hal kehidupan untuk di cerita pada yang lain. Bukan apa pernaj terjadi jenis kaki kepoh ini suka printscreen dan sebarkan kawan-kawan sebagai kawan gossip.

5. Dia selalu nasihat kau untuk tak lakukan pekara-pekara tertentu.

Kalau dia sanggup nasihat kau, kalau boleh jangan buat itu ini dan tidak bercakap dengan orang itu sangat apa-apa cerita. Dia bukan nak kenakan kau tapi dia nak ingatkan kau tetapi berdasarkan pengalaman dia yang lepas.

Bila kau kerja, kau perlu juga hati-hati kerana kalau silap langkah tanpa alasan yang kukuh kau kena marah dengan bos dan kena beri surat tunjuk sebab.

Sebab dalam dunia pekerjaan masing-masing nak selamatkan diri dan bertahan. Maka pelbagai cara di gunakan. Jadi berhati-hati. Berkata bila perlu dan diam itu kadang lebih baik.

Share This!


3 ulasan:

  1. Saya selalu pegang ni je Achik...kalau orang tu jenis yang suka cerita buruk orang lain kat kita, tak mustahil cerita buruk kita pun dia cerita kat orang lain.Setuju sangat point nombor satu tu

    BalasPadam
  2. Sekarang dh susah nk percaya org dh...dah selalu kena..

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails