Pengikut

Selasa, 17 Januari 2017

Janganlah Terlalu Memilih, Terimalah Dia Seadanya




Assalamualaikum

Mulut tak seiring dengan hati, apa yang di katakan hanyalah untuk sedapkan yang mendengar. Hakikatnya di hati dan fikiran lain apa yang di tuturkan.


Kata ramai lelaki, tak suka perempuan bersolek dan berhias. Katanya biar cantik natural beauty. Tapi hakikatnya mata rambang melihat gadis-gadis berhias. Mahu yang cantik-cantik yang berisi, tak cantik di pandang sepi. 

Perempuan, kata cukuplah dia boleh jadi pembimbing ke jalanNya. Hakikatnya memandang pada rupa paras dan poket yang tebal. Betul untuk menjamin masa depan, tapi masa senang sahaja.Ketika susah ?


Jadi di mana konsep terima seadanya kerana Allah ?

Mesti pekara ini ada yang pandang remeh dan enteng. Kenapa perlu di persoalkan, sedangkan itu kan hak masing-masing. 

Memang betul, itu hak masing-masing tetapi kita selalu mendahului emosi daripada hakikat.

Jika di tanya pada sesiapa sahaja, mesti semua mahu yang sempurna seperti apa yang di tonton di kaca televisyen. 

Padahal manusia itu tidak sempurna. Tak kisahlah dia gemuk ke kurus ke, muka biasa-biasa, kerja biasa janji dia dapat memenuhi keperluan rohani, fizikal dan material kita.

Didiklah hati dan yakinkan hati, terimalah seseorang itu kerana Allah.

Pasti ada hikmahnya, walaupun apa jua keadaan pasti Allah bantu kita.

Bila segenap hati kita yakin sepenuh pada Allah. Mengikut suruhannya, menjauhi larangannya.  

Hadirnya ujian penuh hikmah , di hadirkan orang-orang yang menyenangi diri kita, mencintai kita sepenuh hati juga kerana Allah.Jangan terlalu memilih, terimalah dia seadanya.

Pucuk pangkalnya adalah hati.Letakkan Allah di tempat pertama.


Share This!


6 ulasan:

  1. yang penting susah senang bersama...
    kdg² kita pilih mereka yg berharta untuk menjamin masa depan..
    Namun bila di masa hadapan,mereka susah..adakah kita terima kesusahan mereka..
    Harta dan kecantikan tidak menjadi masa depan 100%.. :)

    BalasPadam
  2. Terimalah pasangan kita seadanya sbb segalanya Allah yg tentukan.

    BalasPadam
  3. Terima siapa mereka seadanya... hidup saling melengkapi insyaAllah bahagia itu hadir sendiri... :)

    BalasPadam
  4. Betul tu...sbb kita juga tak sempurna...

    BalasPadam
  5. Setelah berkahwin, kena terima pasangan seadanya. Itu syarat untuk rumah tangga bahagia.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, saya dikurniakan isteri yang terbaik untuk diri saya ...

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails