Pengikut

Khamis, 9 Februari 2017

Jadilah copilot yang terbaik kepada pasanganmu



Assalamualaikum


Setiap insan pastinya mahukan seseorang yang menemani kita saat susah dan senang. Menemani hari-hari tua kita,menjadi penghibur hati kita. 

Sedangkan nabi adam sunyi tanpa hawa,apatah lagi kita. Setiap orang perlukan co pilot dalam hidup mereka.

Sentiasa ada di sisi dan menjadi pendorong serta sama-sama menunjukkan jalan yang benar. Seperti pertandingan kereta racing. Jika co pilot leka,lalai dan sambil lewa pasti kereta boleh terbabas dan sesat.


Begitu juga dalam kehidupan,pemandu itu adalah lelaki,dia mencorakkan kehidupan dan menjadi ketua keluarga. Ada ketika dia juga perlukan seseorang yang beri nasihat dan penguat ketika dia hadapi masalah.

Copilot dalam entri ini acik terjemahan seorang wanita atau perempuan. Hidup kita perlukan seseorang perempuan yang sama-sama mengendali kehidupan. Dia pemberi nasihat,dia pemberi kekuatan dia insan yang selalu ada di sisi. 

Jadi dalam semua pekara perlu ada perbincangan,bukan mengikut ego masing-masing. Elakkan berlakunya miss communication kerana masalah yang kecil boleh jadi besar. Segala apa yang berlaku,bawa berbincang.

Dalam soal jodoh.

Bukan tentang "siapa" dia.
Tapi bersediakah kita untuk jadi yang terbaik buat dirinya.

Siapkah kita menjadi imam dalam solat.Siapkan kita menanggung dosa-dosa isteri kita.

Sebab itu sebagai lelaki sebenarnya tanggung jawab kita besar cuma kita sahaja yang meremahkannya.

Begitu juga dalam menjadi copilot atau pendamping diri pasangan. Dialah penguat kehidupan,tetapi jangan di basahi dengan ego. Siramilah dengan kasih sayang.

Aku bukanlah seorang yang berharta berjuta-juta tetapi inshaAllah mampu menyaramu.

Aku bukanlah mempunyai aset seperti donald trump tetapi cukuplah untuk membahagiakanmu.

Aku tidaklah ada segunung permata tetapi ada segunung perasaan sayang padamu.

Aku juga insan biasa sedang baiki diri dan sentiasa baiki kelemahan diri.

Jadilah copilot yang terbaik kepada pasanganmu.

Share This!


2 ulasan:

  1. Setiap seseorang ada keupayaanya sendiri cuma perlu dipercayai

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails