Pengikut

Sabtu, 18 Mac 2017

Dalam adik beradik kita ada, yang Allah dorongkan dia untuk dekat dengan mak ayah



Sedang khusyuk aku makan roti canai tetiba aku di hampiri seseorang.

Acik ! lama tak jumpa kau, makin besar!,sahut Adi.

Alhamdulilah sehat, balas ku.

Aku mempelawa dia duduk dan tetiba dia bertanya. Acik maaflah aku nak tanya, dah lama sebenarnya nak tanya. Kau ada degree, ada jadi pengacara dulu tapi kenapa kau tak cari kerja lebih baik, tanya Adi pada aku.


Aku hanya mampu tersenyum.

Semuanya izin Allah, tapi dengan pilihan yang Allah beri ini aku bahagia. Tak semua dapat rasa apa yang aku dapat rasa, dekat dengan mak ayah. Dapat jaga mereka, alhamdulilah rezeki ada sahaja walaupun sikit.

Dalam adik beradik kita ada yang Allah dorongkan dia untuk dekat dengan mak ayah , jaga mereka.

Itu semua rezeki, kadang terlepas pandang.Dalam adik beradik lain mencari rezeki luar, kadang balik 2 bulan sekali, kadang balik masa raya sahaja, Kita Allah kurniakan bantu mak ayah kita, jaga mereka.Mereka nak pergi klinik buat pemeriksaan,belikan lauk, kalau mereka nak ke mana-mana kita teman.

Allah itu maha Adil, semua itu kurnia tak terhingga. Bukan semua orang berpeluang dapat jaga mereka.

Jadi kita yang berpeluang ini hargailah saat indah. Mereka makin berusia, mereka perlukan kasih sayang dan perhatian dari kita.

Jadi jangan di pandang remeh hakikatnya penuh dengan hikmah. Maka selalu bersangka baik pada Allah. Pada aku ianya rezeki yang melimpah dan tak semua orang berpeluang dapatkannya.sahutku.

Betul juga tue acik, baru aku faham, balasnya.

Share This!


8 ulasan:

  1. Nikmat luar biasa..dan bagi yang sudah berkahwin namun tinggal sebumbung dengan ibu bapa..dugaannya juga luar biasa..saat ini serba serbi harus lebih..lebih sabar..lebih rajin..lebih memahami..lebih prihatin dan lebih bijak mengurus hati masing-masing.InsyaAllah semuanya baik-baik nanti.

    BalasPadam
  2. AKu bersyukuer ad adik - beradik yang saling toleransi antara satu sama lain

    BalasPadam
  3. Bersyukur rezeki selalu bersama arwah mak dan skrg bersama abah

    BalasPadam
  4. BESAR REZKI N PAHALA KPD ANAK2 SOLEH YG BRSABAR MNJAGA IBU BAPA YG HRPKN PERTOLONGN MRK UTK HIDUP...

    BalasPadam
  5. nieyl setuju sgt...
    kdg² apa yang kita rasa kita boleh dapat yang lebih baik tapi Allah beri rezeki lain pada kita...
    Tak apa...setiap itu adalah rezeki...walaupun kecil..pasti Allah telah susun segalanya untuk kita dan yang leboh baik dr apa yg kita nak.. :) acik,klu sudi meh la join segmen nieyl :)

    BalasPadam
  6. betul tu achik....besar pengorbanan achik. Moga achik di murahhkan rezeki

    BalasPadam
  7. semoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  8. while the Hermes handbags gold-and-diamonds refs. 6269 and 6270 fetch auction prices into the millions. The lucky few that had an early Rolex Daytona tucked away for the better part of half a century have certainly won the jackpot; it’s hard to Replica Rolex Watches believe that many of these priceless timepieces sat in retailers’ windows for as long as a decade Watches Replica .Smaller budgets are still catered for.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails