Pengikut

Sabtu, 25 November 2017

Jom Serbu KEJORA International Challenge 2017 di Stadium Bandar Penawar



Assalamualaikum 

Cuti sekolah dah bermula, apa sahaja aktiviti yang akan di lakukan bersama anak-anak ? Takkan hanya duduk menonton televisyen ? 

Jomlah datang ke Bandar Penawar, sekarang ini sedang berlansungnya KEJORA International Challenge bermula dari 25 November  hingga 1 Disember. 

Untuk makluman semua, KEJORA INTERNATIONAL CHALLENGE 2017 merupakan kejohanan bola sepak bawah 15 tahun yang dianjurkan oleh KEJORA dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) serta rakan pakatan strategik yang lain. Tujuan utama penganjuran kejohanan ini adalah untuk menjenamakan KEJORA di peringkat antarabangsa selain bertujuan untuk mempromosikan kawasan pelancongan di wilayah KEJORA melalui sukan (sports tourism).Disamping itu, kejohanan ini juga memberi pendedahan kepada pemain-pemain tempatan untuk beraksi di pentas antarabangsa. 

Tahun ini lebih menarik kerana terdapat team dari Korea, Singapura, Indonesia dan Uzbekistan tau. 

team dari Korea 

Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang menarik seperti Fun games, Pertandingan PS4, penalti kick, Drumline, cabutan bertuah, Pertandingan Street Soccer dan banyak lagi aktiviti menarik!!



STREET SOCCER

Street Soccer merupakan acara pelengkap yang diadakan untuk dijadikan acara tarikan pengunjung bagi KEJORA International Challenge 2017. Ia dibahagikan kepada empat kategori iaitu Lelaki bawah 12 tahun (U12), Lelaki bawah 18 tahun (U18), Lelaki TERBUKA dan Wanita TERBUKA.

Dijalankan selama 3 hari iaitu pada 25 hingga 27 November 2017.



PLAY STATION 4 (PRO EVOLUTION SOCCER)

Merupakan pertandingan permainan video (video games) yang dianjurkan bagi tarikan pengunjung sepanjang kejohanan berlangsung. Walau bagaimanapun pertandingan yang menawarkan hadiah diadakan sebanyak dua kali sahaja iaitu pada 25 dan 27 November 2017 dan terhad kepada 64 penyertaan sahaja.

FUN FOOTBAL

Acara yang disediakan seperti shooting board, penalty kick, 1 vs 1, celebrity puzzle, dan ball juggling. Aktiviti ini turut menawarkan hadiah untuk dimenangi oleh para pengunjung yang bertuah.

Jomlah ada masa bawa anak-anak ke KIC 2017 , untuk malam akhir siap ada cabutan bertuah. 


Share This!


2 ulasan:

Hasliynda Umairah berkata...

cuti sekolah dah bermula

paridah berkata...

WAH BANYAK ACARA MENARIK YG BOLEH DISERTAI ANAK2 DI MUSIM CUTI DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails