Allah Berikan Peluang Kedua Untuk Hidup | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 29 Januari 2018

Allah Berikan Peluang Kedua Untuk Hidup

Assalamualaikum

Allah !! 



Kuat hentaman itu, mata aku lebih tertumpu pada mak. 

Keadaan mak, ya Allah berderau darah aku. Allah beri peluang untuk aku terus hidup lagi. Allah pinjamkan aku waktu yang ada. 

Waktu yang tak patut di persiakan. Aku paling risau kalau jadi apa-apa dengan mak.

Kereta aku habis kemik di bahagian pemandu. Orang kata sepatutnya kalau tengok kereta aku , aku cedera teruk.

Tapi itulah Allah pinjamkan waktu yang ada.

Mengigil seluruh tubuh aku.

Sedang aku termenung sendiri. Aku di datangi seseorang yang aku tak kenal. Lalu dia berkata, sabar nak Allah ada. Yang penting nyawa selamat dari kereta.

Banyakkan sedekah dan dekatkan diri pada Allah. Berlalu dia pergi.

Aku masih lagi terpingga-pingga siapakah dia ? 

Tak kisahlah siapa pun dia, tapi nasihatnya sampai ke jiwa. Mungkin aku kurang sedekah, banyak merunggut dan pelbagai hati.Cetus hati.

Seharian ini aku banyak diamkan diri, bila aku update pada kawan-kawan aku kemalangan. Ada yang simpati, aku yang sudi membantu dan ada yang buat tak tahu. 

Ada yang anggap aku hanya sekadar memberi alasan. 

Tapi biarlah mereka, tetapi semalam semasa berlaku kemalangan itu , seolah sedetik masa itu berhenti. 

Di fikiran aku hanyalah Allah dan mak.

Aku seperti di kuatkan hati.

Seolah ada seseorang itu berkata.Yakini Allah, jangan biarkan dia terjerus syak wasangka pada Allah.Zikirlah.

Allah! Allah! Allahuakbar.

Tapi ketika kemalangan itu, baru boleh tahu. Ada yang bantu, ada yang jadikan bahan tontonan. Perlahan kereta nak tengok keadaan kami. Ada yang ambil gambar dan ada yang melihat no flat.

Tujuannya? 

Wahualam. Doakan aku semoga tabah dengan ujian Allah. Semoga mak sentiasa sihat dan bahagia. 




Share This!


7 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Allahu...ujian sabar dan redha itu banyak bentuk dan luas..insyaAllah ada hikmahnya.

Nurulatika Yunus berkata...

Allahu~
Semoga Allah melindugi awak & sekeluarga.

Miza Talib berkata...

Allahu, Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. InsyAllah acik dan mak acik sentiasa dalam peliharaanya

paridah berkata...

SYUKUR ALHAMDULILLAH SELAMAT SEMUANY BERSABAR UJIAN-NYA

cikpinz berkata...

Allahu. Syukur alhamdullilah semuanya selamat. Semoga lebih tabah.

Aku Bahrain berkata...

salam takziah... semoga tabah dan terus semangat serta sihat semuanya..

Juls Julie80 berkata...

Alahu..Allah masih lindungi awak dan mak awak..syukur semuanya selamat.. semoga kita semua dijauhkan dari musibah..amin2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails