Pengikut

Selasa, 30 Januari 2018

Ada orang nak kawin duit dah ada tapi takde jodoh. Ada orang nak kawin jodoh dah ada, tapi takde duit


Ada orang nak kawin duit dah ada tapi takde jodoh. Ada orang nak kawin jodoh dah ada, tapi takde duit.Balas mak sambil potong sayur.

Setiap kita ada ujiannya, dan mak pun tak lari dari ujian Allah.

Aku hanya tersenyum apabila mak bermadah. Bila berbicara soal jodoh itu ianya sangat subjektif dan tidak dapat di ramal. Kadang kita pelik masa dekat sekolah dulu dialah orang kata pilihan terakhir tetapi dialah yang kawin dulu.

Kita pula sedang mengatur hidup, berkira-kira untuk meneruskan kehidupan. Orang selalu bertanya pada aku. Kenapa kita perlu jumpa dengan orang salah ?

Aku pun ragui, orang yang salah? Pada aku bukan semata bertemu dengan orang salah tetapi Allah hantarkan orang tersebut sebagai asbab untuk kita lebih dekatkan diri padaNya dan buatkan kita matang dalam sesuatu pekara.

Bila kita selalu menuding jari pada orang lain, ianya tetap akan salah orang. Hakikatnya kita juga ada salahnya. Sebab itu jangan terlalu cinta, terlalu suka, terlalu sayang. Kerana terlalu itu buatkan kita sakit di kemudian hari. Jadi ?

Taaruflah, carilah tahu latarbelakangnya. Jagalah perhubungan. Doa pada Allah moga di lindungi dan semoga Allah permudahkan urusan.

Seperti aku, selalu dalam doa. Ya rab jika dia jodohku maka satukan. Jika bukan tunjukkan ya Allah.

Allah tunjukkan perangai di sebenar.



Tapi semuanya dengan izinnya. Soal jodoh , rezeki dan lain-lain memang sukar dalam buat keputusan. Satu kita rancang, 10 Allah ada perancang untuk kita. Cuma kita sabar, sabar.

Jodoh kita sudah tertulis di lauhul mahfuzh. Mahu diambil dari jalan halal ataukah haram. Dapatnya yang itu juga.
Yang beza rasa berkah nya
Bukan tentang apa, berapa, atau siapa. Tapi bagaimana allah memberikannya. Diulurkan lembut mesrah, atau dilempar dengan penuh murka .


Pilihan di tangan kita.


Share This!


1 ulasan:

Khir Khalid berkata...

Setuju.. pilihan ditangan kita. Semoga Allah gerakkan dan kurniakan perkara yg terbaik buat kita dgn sepenuh keberkatanNya.. aamiin. Salam berblogging Acik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails