kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. insyaAllah | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 5 Februari 2018

kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. insyaAllah



Assalamualaikum

Kau tahu bersyukur sangat, ada kawan yang sanggup ada saat kau susah. Dia tak berkira dengan kau. Hargai dia dan kerana tak ramai orang seperti itu.

Allahuakbar !

Bila kita permudahkan urusan orang lain,inshaAllah akan di permudahkan urusan kita. Jika bukan dia tolong kita tetapi orang lain pula tolong kita.

Sedangkan laut begitu luas itu tetap ada rezekinya walaupun berhari-hari orang menjala. Apatah lagi kita di bumi Allah ini.

Lapangkan dada, bersangka baik degan Allah.

Paling penting , bila kita buat kebaikan jangan harap orang itu balas. Haraplah kebaikan dari Allah. Takut kita kecewa kelak dan hati jadi hiba dan mulalah kita bercerita pada orang lain. 

"Dia itu waktu susah aku tolong, dah senang lupa aku !"

Kita pula apabila orang dah permudahkan urusan kita. Jangan pula kita lupakan, setidaknya jika kita tak mempunyai kemampuan untuk tolong dia.  Maka sebutlah namanya dalam doa setiap kali selepas solat. 

Allah dengar doa kita.

Kebiasaannya, kita hanya berdoa untuk kebaikan diri sendiri. Jarang sekali seseorang mendoakan khusus untuk orang lain. Sebenarnya, mendoakan kebaikan orang lain tanpa pengetahuannya merupakan sunnah hasanah yang telah diamalkan oleh para nabi dan turut diikuti oleh orang soleh. Mereka gembira jika kaum Muslimin memperoleh kebaikan sehingga mereka suka untuk mendoakan saudaranya dan turut mendoakan kesejahteraan diri mereka sendiri.
Amalan seorang sahabat Nabi s.a.w.yang bernama Abu al-Darda’ ialah: “Aku sentiasa mendoakan 70 orang sahabatku ketika aku sujud kepada Allah, dan aku sebutkan satu persatu.” Inilah punca utama tersebarnya kasih sayang dan kecintaan antara kaum Muslimin.
Daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang
antara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa-apa yang dicintai untuk dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Doakan Kebaikan
Kemampuan kita untuk membantu orang yang ditimpa musibah amat terbatas sekali. Kita sendiri pun kadang-kala lemah untuk menolong mereka yang ditimpa kecelakaan. Alangkah baiknya jika rasa simpati tersebut diterjemah melalui doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa agar mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian itu.
Allah berfirman yang bermaksud:“Kamu berdoalah kepadaku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya, orang yang sombong takbur untuk beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk ke dalam neraka Jahanam dalam keadaan yang hina.” (Surah Ghafir 40: 60)
Diriwayatkan daripada Abu al-Darda’,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudaranya secara rahsia dan bukan di hadapannya sangat dimakbulkan. Di sisinya ada malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata(kepadanya): ‘Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu.(Riwayat Muslim)
Jadi jangan risau, bila kita permudahkan urusan orang lain, akan ada orang lain juga permudahkan urusan kita. Melalui cara dan masa yang tepat.

Kita mudahkan urusan orang lain, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. Kadang kita mungkin tak sedar kebaikan yang kita pernah lakukan dibalas dengan ganjaran/rezeki yang tidak diduga.


Kindness in giving creates happiness

InshaAllah.


Share This!


3 ulasan:

Noriza Abdul Rahman berkata...

Memang betul tu, kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita

Juls Julie80 berkata...

salam ziarah & follow sini..

setuju sangat entry ni..

kalau kita x leh tlg orang..kita jangan susahkan dia dah cukup...

paridah berkata...

INSYAA ALLAH KEBAIKAN KITA ALLAH TIDAK LUPAKAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails