Terlalu cintakan dunia hingga takut untuk mati | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Khamis, 8 Mac 2018

Terlalu cintakan dunia hingga takut untuk mati


Gambar hiasan

Assalamualaikum

Daun yang gugur merebah ke bumi. Layu di bawa pesona sang mentari.Jangan biar hati  terlalu mencintai kerana kelak lunak binasa.


Wahai jiwa-jiwa sepi, kuat hati pasak jiwa,Kembali kepada benih-benih jiwa biar bercambah mencintai ilahi.

Zaman moden, zaman berteknologi. Semuanya di hujung jari. Banyak kisah yang di cerita, di rekod dan di upload ke laman sosial. Jika bermanfaat alhamdulilah dan sebelum post sesuatu fikirkan kesannya.

Kerana kehidupan ini mula berubah, dari mencintai kerana Allah berubah menjadi cinta kerana harta benda. Maka didedahkan dengan cerita-cerita kisah cinta si kaya dan si miskin. Maka berberondonglah para-para jiwa ingin seperti itu.

Kita telah di didik jiwa dan raga, bahawa harta benda adalah segalanya. Duit adalah segalanya. Tahu tak kamu
penyakit apa paling bahaya?"

"Al-wahan".

"Penyakit apa tu?"

"Terlalu cintakan dunia hingga takut untuk mati".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Baginda menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu ibarat buih di lautan, dan Allah akan mencabut rasa gerun dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘Al-Wahan’.” Sahabat bertanya, “Apakah ‘Al-Wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Cinta dunia dan takut mati.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Berikut ini beberapa prediksi ciri pencinta dunia yang semoga kita terjauh darinya:
  1. Selalu bermalas-malasan dan lalai dalam beribadah
  2. Menunda-nunda taubat
  3. Ciri pencinta dunia selanjutnya adalah ketika melakukan dosa, dan ia menyedari bahwa itu adalah dosa, akan tetapi hatinya tak pernah tergerak untuk merasa menyesal, serta tak ada terlintas untuk menghentikan perbuatan dosa tersebut.
    Para pencinta dunia biasa beranggapan bahwa hidupnya masih lama, bahwa kiamat itu tidak nyata, dan hidup setelah mati hanyalah keyakinan mitos semata. 
  4. Berani mengorbankan agama dan keimanan demi kenikmatan dunia
  5. Selalu merasa kurang dengan apa yang dimiliki dan iri pada apa yang dimiliki orang lain yang lebih darinya
  6. Suka menumpuk harta dan enggan memberi sedekah
  7. Para pencinta dunia juga biasanya hobi menumpuk harta kekayaan, berbangga diri dengan apa yang dimiliki dan enggan berbagi. Mereka merasa apa yang diperoleh merupakan hasil kerja kerasnya, mengapa harus berbagi pada orang lain yang pemalas dan tidak dapat menghasilkan wang?
    Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah mengabulkan taubat hamba-Nya yang bertaubat.” (HR. Bukhari-Muslim)

Ya rab, jauhilah kami dari sifat tersebut, periharalah kami dan jagalah hati dan akhidah kami agar tidak jauh dari landasanmu.

Share This!


1 ulasan:

Hans berkata...

minta dijauhkan dari sifat2 yang tak elok tu kan
amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails