Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Hiking Ke Pelepah Kiri, Air Terjun Kota Tinggi

Assalamualaikum



Bila tak hiking, lama dulu masa di universiti dengan kawan-kawan. Tapi kebetulan tempat aku kerja adakan teambuilding hiking ke pelepah kiri di air terjun Kota Tinggi.



Memang teruja sampai malam itu aku tak boleh tidur. Bergerak dari rumah pukul 6.30 pagi berkumpul di hotel dan bertolak menaiki bus. Seramai 39 orang mengikuti teambuilding ini bersama penunjuk arah dari Traineer Gen 4 Solution.








Aku di makluman terdapat 7 tahap tingkat air dimana terdapat check point yang kita kena lalui.

Laluinya rupanya sangat mencabar, sejak awal lagi, aku bermula di lalui air dan masuk ke kebn sehingga naik ke check point pertama.

Bila naik ke tingkat atas, ya Allah rupanya mencabar trek kali ini.Ada lalui 45 darjah ,90 darjah dan laluan air dalam sememangnya sangat memenatkan sehingga ke air terjun ke 5.





Di situ kami berehat seketika dan bermandi manda. Memang seronok, air sejuk. Tetapi kejadiaan tak di ingini terjadi. Cermin mata aku terjatuh, sebab terlalu teruja. Puas cari, nasib baiklah seorang sahabat bantu mencari. Alhamdulilah jumpa juga. 



Misi teruskan naik ke atas. Sehingga ke puncak iaitu Bukit Pasir. Aku kagum hiking kali ini ada beberapa mereka berusia 50 -60 an tetapi berjaya sampai puncak. Kawasan puncak ini berdekatan juga dengan lalui ke gunung muntahak.

Puas dapat tiba ke atas, nak turun satu hal. Mana yang 90 darjah curamnya itu terpaksa turun. Memang ada tali-tali tapi sebab laluan tersebut campur laluan air dan batu jadi kawasannya basah dan licin. Jadi ada juga yang jatuh dan tergelincir. Tetapi semuanya selamat.

Misi untuk turun pula dan di temani hujan renyai-renyai. Maka makin mencabarlah perjalanan pulang kami. 

Setibanya di bawah, selesai semua turun. Kami adakan bbq bagi penutup majlis.

Tapi serious laluannya tidak semudah yang aku sangka dan sangat menguji ketahanan badan. 

Pekara penting adalah.
1. Pastikan pakai kasut getah dekat DIY baru RM 5.90 sebab bila pakai kasut jalan habis rosak nanti. 
2. Pakai stokin sebab pastinya pacat banyak di sana. 
3. Jangan pakai seluar jenis track suit kerana akan mudah terkoyak bila kena duri dari dahan, batu dan sebagainya jadi pakai seluar yang bersesuaian.

Jadi pada peminat mendaki itu boleh jadikan pelepah kiri salah satu trek kamu. Aku akan datang dan tak menyesal untuk sertai.

Catat Ulasan

0 Ulasan