Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara untuk bahagia dengan cara kita sendiri kerana kebahgiaan itu pilihan kita.



Siapa pun dalam dunia ini mahukan kebahgiaan. Kebahgiaan yang ditafsirkan dengan pendirian sendiri.

Ada yang bahagia bila duit yang banyak.
Ada yang bilang bahagia itu bila tubuh badan kita sihat.
Ianya bersifat subjektif.

Ramai yang bertanya bagaimana nak bahagia ? 

Adakah bila mempunyai duit yang banyak sahaja akan bahagia ? 

Tentu tidak.

Bahagia itu ada bagaimana kita menghargai nikmat yang Allah berikan pada kita dengan cara kita sendiri.

Bagaimana nak bahagia,

Jika di hati penuh dendam, penuh iri hati, dengki dan amarah.Pantang tengok orang lebih, pantang tengok bahagia. 

Ada sehingga menggunakan sihir.Allahurabbi.

Bagaimana nak bahagia andai lidah terus berkata-kata tiada henti tentang orang lain.Tetap merasa kita lebih baik.Sanggup burukkan kawan baik sendiri, khinati janji yang dibina, memfitnah dan membawang tahap dewa.

Mereka ingin hidup bahagia, tapi melakukan perbuatan maksiat yang membahayakan dirinya di akhirat. Mereka tertipu dengan kebahagiaan sesaat yang mereka rasakan di dunia ini, sehingga mereka tetap berani dan tetap nekad melakukan perbuatan yang dilarang agama. Memang, hidup bahagia merupakan dambaan setiap makhluk. Namun banyak orang yang tidak tahu atau tidak mau tahu bahwa kebahagiaan hakiki adalah kebahagiaan akherat.
Allâh Azza wa Jalla berfirman :
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui [al-‘Ankabût/29: 64]
Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Rabbmu?” Mereka menjawab: “(Allâh telah menurunkan) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat ihsân (sebaik-baiknya) di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akherat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa [an-Nahl/16: 30]



Pertama : Selalu berzikir di hati dan jangan ada dendam dan rasa iri hati pada orang lain.
Kedua : Hargailah apa jua yang kita ada. Jangan bandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang.
Ketiga : Jaga kesihatan, kerana bahagia akan hadir bila tubuh badan kita sihat.
Keempat : Bahagialah bersama-sama orang yang kita sayang dengan cara kita sendiri.
Kelima : Jangan membenci siapapun, walau ada yg menyalahi hakmu.
Jangan bersedih secara berlebihan, dan perbanyakkan berdoa .
Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah dan sentiasa berbaik sangka terhadap Tuhanmu.
Perbanyakkanlah memberi walaupun anda sedang susah.
Jangan putus doa untuk saudara seIslam mu.
Pilihan di tanganmu wahai sahabat.


Catat Ulasan

0 Ulasan