Ticker

6/recent/ticker-posts

Rupanya bila semakin kita cari cinta Allah, Allah permudahkan urusan kita



gambar hiasan

Assalamualaikum

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh
Terkejut tiba-tiba di tegur seorang kenalan yang lama menghilangkan diri. 

Acik, masih kenal aku ?,sapa kawanku.


Ya Allah , Afiq !! apa khabar ? lama sudah aku tak jumpa kau.Sahutku.

Allahurabi,tak sangka aku jumpa kau kat sini, entahlah hati ini kuat nak datang sini. Rupanya nak jumpa kau. Katanya lagi.

Itulah kuasa Allah, Anak siapa nie ? comelnya. Sahutku lagi.

Anak aku lah, aku buat majlis kecil-kecilan tahun lepas. Lepas arwah Sue meninggal aku cari kekuatan alhamdulilah Allah permudahkan dan dia jumpakan aku dengan isteri aku sekarang. Rupanya bila semakin kita cari cinta Allah, Allah permudahkan urusan kita, tambahnya lagi.

Betul tu Fiq, alhamdulilah. Arwah Sue ? Sue dah meninggal ? Inalilah aku tak tahu pun. Kataku.

Dia meninggal acik, seminggu sebelum kami berkahwin kerana kemalangan di Penang dulu. Ketika itu hanya Allah tahu hati aku. Hancur lebuh persiapan semua sudah siap. Majlis kami jadi kenduri arwah.Ada hikmah yang besar dalam hidupku dan ubah persepsi keseluruhan hidup aku. Yelah dulu, aku sering lupakan Allah, lagha dan puas mencari cinta tanpa menjaganya. Tetapi bila aku muhasabah diri, dekatkan diri pada Allah..Allahurabbi, banyak rupanya kesilapan yang telah aku lakukan.Sambungnya lagi.

Ada hikmah Fiq, di sebalik apa yang berlaku.Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama.Telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam kitab Lauhul Mahfudz maka.

Sejauh apapun mereka,sebanyak apapun rintangan yang menghalangi.Sebesar apapun beza diantara mereka.Sekuat apapun usaha dua orang tersebut untuk menghindarkannya,walau mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya,walau mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya…walau mereka tidak pernah saling bertegur sapa….

PASTI!

PASTI tetap saja mereka akan bersatu.Seakan ada magnet yang menarik mereka akan ada hal yang datang untuk menyatukan mereka berdua akan ada suatu kejadian…yang membuat mereka saling mendekat…dan akhirnya bersatu…

Andai bukan pasti ada halangannya. Allah tahu yang terbaik untuk kita.Kataku.

Betul tu acik, itu bukan satu hukuman tetapi satu ketetapan untuk kita belajar dari kesilapan. Aku doakan kau di permudahkan soal jodoh kau jua. 

Amin ya rab. 

Bila seseorang yang acik jumpa banyak pengajaran Allah beri untuk acik.Mungkin ini cara Allah tarbiyah untuk acik dan pembaca blog ini. Kamu insan di pilih Allah.

Catat Ulasan

2 Ulasan

paridah berkata…
ALLAH MENGATUR SEGALA YG TERBAIK UTK KITA
Azlinda berkata…
Inspired sangat... Mmg betul tu, cinta Allah, cinta paling sejati