Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Lokek! Selalu Lah Belanja Mak Ayah Makan, Itu Rahsia Besar Murah Rezeki



Assalamualaikum

Siapa yang tinggal sama mak atau ayah dia pasti tahu bagaimana keadaan mereka. Kadang tak nak makan, tak ada selera.

Bila anak-anak dia balik bersama-sama cucu merekalah orang yang paling bahagia. Nak makan sama-sama, selera pun ada.

Kalau ada duit lebih sikit bawalah mereka makan-makan dan jalan-jalan. Dekat atau jarak bukan permasalah tetapi niat kita lebih penting.

Ingat bahagia kita, kerana doa mak dan ayah kita tak pernah putus-putus untuk kita.Nanti lain-lain kebaikan pasti akan menyusul.

https://bukulali.onpay.my/order/form/tsspl/Akupenghibur

Jangan Lokek! Selalu Lah Belanja Mak Ayah Makan, Itu Rahsia Besar Murah Rezeki

Nak Murah Rezeki? 

Selain Belanja makan, kita menyatunilah mereka dengan baik-baik

1. Selalulah belanja mak dan ayah makan. Dulu masa kecil mak ayah kira tak pernah berkira kita nak makan apa pun. Kadang mereka tak duit, kita nak juga. Mereka turuti kehendak kita, waktu kita sekarang ini untuk balas jasanya. 

2. Minta mak ayah doakan kita selalu.Kamu tau doa seorang mak sangat ampuh, redha ibu adalah redha Allah juga. Kalau ada apa-apa contohnya ada peperiksaan minta mak doakan, ada interview minta mak doa kan, minta ayah doakan. InshaAllah

3. Mak ayah kita jarang minta kita apa-apa tapi cukuplah kalau kita telefon dia, kunjungi dia walau 3 bulan sekali balik. Sebagai seorang anak kamu harus peka dengan kemahuan dia. Kadang dia nak sesuatu dia tak minta tapi kamukan anak dia pasti kamu tau.

Cantik periuk tuh, periuk mak kat rumah dah bocor.

ada sesetengah buat tak tau aja. Kalau ada duit lebih bantulah,jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih nanti “orang” belikan. Janji tau.

4. Jangan sombong dengan mak ayah kita, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.

5. Jangan takbur dengan mak ayah setiap rezeki ada bahagiannya untuk mereka. Ingat tangungjawab anak lelaki adalah sampai mereka tutup mata. Doa mak ayah kita menjadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.

6.Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada mak ayah , jangan ungkit mengukit apa yang kita dah bagi. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak-banyak. Sabar 

Mereka lebih sabar dengan sikap kita , tapi mengapa kita tak boleh sabar dengan kita ?

Kita sebagai anak jangan kerana jawatan tinggi, gaji tinggi. Jangan fikir,kita tanggung dia,kita ada hak nak memarahi mereka. Ingat kita berjaya atas doa dan restu dari mereka yang tak putus-putus dengan Izin Allah. Bilamana hati seorang ibu berkecil hati, satu persatu nikmat di tarik. Bersabarlah dengan mereka, bersabar selagi mampu. Bila mata mereka terpenjam nanti tiada kata mampu di luahkan hanyalah penyesalan. Selagi mereka ada hargailah.

Janganlah kita fikir KITA BERJAYA hari ini oleh kerana HEBATNYA DIRI KITA.. 
Sebenarnya kita TIDAK ADA APA-APA jika bukan kerana BERKAT DOA seorang IBU.. 

Hadiah tak selalu Terbungkus Indah..
Terkadang Allah membungkusnya dgn Masalah, tapi didalamnya ada Hikmah & Barakah.. 😊


Catat Ulasan

1 Ulasan

Umi Nazrah berkata…
setuju sangat. bila dapat gaji tu, memang terus transfer untuk mak ayah dulu. alhamdulillah ^_^