Isnin, 30 September 2019

Senakal-nakal seorang lelaki pasti boleh berubah juga demi seorang perempuan yang dia betul-betul sayangi


Setiap makhluk yang dicipta di dunia ini unik. Setiap makluk itu juga mempunyai keunikkan masing-masing sama ada dari segi rupa paras,perwatakan dan tingkah laku. Begitu juga perbezaan jantina.Lelaki ada keistimewaannya,begitu juga wanita.

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh


Lelaki sering dikatakan ego yang tinggi, rasa memiliki yang lebih,keras kepala dan sebagainya. Ianya bergantung kepada peribadi masing-masing.

Lelaki sifat ingin taunya itu sangat tinggi,pengaruh persekitaran dan peribadi mampu membentuk perwatakan mereka.

Tetapi kalau soal cinta,
Ianya sangat berbeza.
Lelaki ini nampak kuat tapi kerana cinta ianya mampu melunakkan jiwa.
Melembutkan ego yang menebal.

Kadang sering lihat lelaki ini tak serius dalam perhubungan. Kadang mereka hanya tidak tunjukkan tetapi difikiran banyak yang difikirkan.

TETAPI ANDAI DIA SUDAH SERIUS DAN NEKAD DENGAN KEMAHUAN.

dia pasti akan berusaha,berusaha untuk jadi yang terbaik.Senakal-nakal seorang lelaki pasti boleh berubah juga demi seorang perempuan yang dia betul-betul sayangi.

Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selambut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk bakal pendamping hidupnya.Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu. Sekiranya kamu menyedari dia itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah seorang yang berdamping dengan mu sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

1 ulasan:

  1. selalunya lelaki normal akan berubah bila di beri tanggungjawab...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan