Jadi siapa jodoh kita adalah bergantung pada diri kita bagaimana | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 22 Jun 2020

Jadi siapa jodoh kita adalah bergantung pada diri kita bagaimana

 
Assalamualaikum

Jiwa kita selalu sepi mencari cinta yang yang tak pasti. Hati tak keruan , jiwa gundah gelana. Doa tidak pernah putus mengharapkan seribu persoalan terjawab.

Siapakah jodoh kita ? bagaimana nak tahu dia jodoh yang terbaik untuk kita ?

Persoalan-persoalan itu selalu bermain di minda. Mencari pelbagai solusi untuk jawapan tersebut.

Ada yang mencari mengunakan tukang tilik nasib, menggunakan peramal . Ada juga gunakan mandi bunga untuk mendapatkan jodoh. Tetapi ianya tetap menjadi Rahsia Allah.

Jika di tanya, acik sendiri tak tahu siapa jodoh acik .Wahualam. Tetapi pada acik penumpuan kita bukan pada jodoh kita tetapi diri kita sendiri.Muhasabah diri kita.

Apabila kita baiki diri kita, si jodoh kita juga sedang sibuk baiki dirinya juga. Ada yang kata berkenaan tentang firman Allah seperti di bawah :

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Kamu kena baca sepenuhnya kisah di sebalik Surah An Nur. Ayat di atas adalah peringatan Allah untuk di jadikan tauladan. Kisah tersebut tentang Aisyah r.a di fitnah. Nanti acik perincikan dalam satu entri yang lain.

Ketika kita ada pilihan hati buatlah istikarah. Minta petunjuk dari Allah. Jodoh yang baik, selepas lakukan solat istikharah, kita tawakal padaNya. Ada ketika bila dengar nama dia kita rasa tenang, hati tenang. Maka itu jodoh yang baik.Tapi jika kita sebut nama dia, kita rasa tak tenang, rasa gelisah, serabut  Itu petanda jodoh yang tidak baik.

Wahuallam, segalanya ketentuan ilahi.
 
Kita berusaha dan kadang kala kita juga di uji bertemu dengan seseorang yang cukup baik pada kita tetapi bila dah berkahwin dia berubah 100 % tunjukkan taringnya.Di situ juga terdapat ujian. 


Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. InsyaAllah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

Pilihan orang yang baik bagaimana pula tu ?

Maksudnya kita meminta ustaz atau orang alim mencarikan jodoh untuk kita. InshaAllah mereka akan carikan jodoh yang baik untuk kita. 

Jadi siapa jodoh kita adalah bergantung pada diri. Boleh jadi ianya adalah cerminan diri kita dan refeksi diri kita. Kita dah cuba jadi baik tetapi dapat yang kurang baik di situ juga lagi ujian untuk kita.

Kita doa baik-baik, kita cuba baiki diri selebihnya kita serahkan pada Allah. InshaAllah ada pelanggi selepas hujan ribut dan petir.Bersangka baik dengan Allah.

Share This!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails