Ticker

6/recent/ticker-posts

Setiap pertemuan itu bukanlah bererti akan terjadinya penyatuan, tetapi hanya pengajaran.



Pertolongan Allah itu akan datang tepat pada masanya. Bersangka baiklah selalu.
 
Kerana Allah itu Maha Kuasa,
Dia menentukan segala sesuatu mengikut kehendak-Nya, dengan cinta-Nya.

Kita hanya merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya pada hamba-Nya yang Dia kasihi.

Mungkin kisah hidup kita tidak seindah kisah yang di hiasi di kaca television. Tetapi dihiasi warna-warna pelangi serta jalan berliku.


Terkadang kita sangka yang kita mahu itu yang terbaik, tetapi Allah lebih mengetahui segalanya.

Dia tidak beri yang kita mahu,
Tetapi Dia beri yang kita perlu.
(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

Mungkin jika kita dapat yang diinginkan, boleh jadi ianya tidak baik untuk kita di kemudian hari.

Justeru, Dia beri apa yang kita perlu,
Kerana ianya terbaik untuk kita sesuai dengan kemampuan kita.

Begitu juga dalam soal jodoh,
Kadangkala insan yang kita dambakan, boleh jadi Allah tidak menakdirkan untuk kita bersatu dengannya.

Kerana setiap pertemuan itu bukanlah bererti akan terjadinya penyatuan, tetapi hanya pengajaran.

Lalu Allah takdirkan penyatuan kita dengan insan yang terbaik untuk diri kita, yang hadirnya bukan hanya sekadar pertemuan, namun bakal disatukan di garis akad suci iaitu pernikahan. Inilah orang yang ditakdirkan.

Sungguh Allah amat sayang pada hamba-Nya, lalu berbaik sangkalah pada Allah, redha lah dengan setiap ketetapan-Nya, terima takdir-Nya dengan lapang dada, dan bersyukurlah dengan segala nikmat limpah kurnia-Nya yang sungguh tidak mampu kita hitung.

Allahu Rabbi.
Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘adzim.

Maha Suci Allah,
Segala puji bagi Allah,
Maha Suci Allah,
Allah Maha Agung.

Alhamdulilah 'ala kulli hal.

Bila kita merenung kembali saat kita bersatu dengan insan takdir kita, sungguh kita akan sedar bahawa aturan-Nya paling indah paling bermakna.

Manisnya akan terasa saat kita mengungkapkan,
'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah’ sambil diiringi dengan hati penuh sayang pada Allah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

tarmizi berkata…
Baju hijau baju kahwin saya