Ticker

6/recent/ticker-posts

Suatu hari nanti, inshaALLAH akan ada seseorang yang menerima kita seadanya, tanpa memandang kisah silam kita.



 Assalamualaikum

Setiap kita ada waktu yang di mana kita melakukan khilaf dan salah. Dimana usia remaja emosi memuncak , kita lakukan kesalahan dan kita tak sedar. 

 Tetapi meningkat dewasa, ya Allah banyaknya dosa aku.

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

Melawan kata mak ayah, 

Degil,keluar malam,

pelbagai yang kita lakukan, tak usah  membuka aib kita. Cukup kita dengan ALLAH yang tahu.

Allah menghidupkan kita hari ini untuk selalu bersyukur dan membaiki diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Pintu taubat selalu ada buat kita,walaupun bergunung dosa-dosa kita seandainya kita benar-benar bersungguh mahu bertaubat pasti ALLAH menerima taubat kita.

Pertama, baiki diri, jangan ulangi kesilapan yang sama. Jauhi perkara-perkara yang buat kita alpa. 

Kedua , istiqomah dengan apa yang kita lakukan untuk kearah kebaikan.

Jangan sia-siakan kesempatan yang ada.

Walaupun bagaimana kita, kita tetap mahukan seseorang yang dapat menerima kita seadanya. 

 Pada acik,walaupun mereka ada masa silamnya, terimalah dia seadanya kerana yang mahu dijalani kita bersama dia kedepannya.Kita manusia tiada yang sempurna.

Tetapi Andai kamu mencari yang sempurna,Pasti kamu merana sengsara,Carilah yang tidak mencela,Mampu menerima dirimu seadanya,Yang berkongsi saat gembira dan sentiasa bersama di saat berduka

Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. 

Jika kita SUKA seseorang, 

kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. 

Tetapi jika kita CINTA seseorang, 

kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. 

Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah,inikan pula hati manusia. 

Tapi percayalah pada ALLAH.

InshaALLAH

Suatu hari nanti, inshaALLAH akan ada seseorang yang menerima kita seadanya, tanpa memandang kisah silam kita. Yang penting dia nak hidup dengan kita untuk masa hadapan, bukan masih memandang kekurangan kita. Dan dia itulah yang terbaik ditakdirkan untuk kita. Percayalah pada ketentuan jodoh yang Allah tetapkan. 

  

Catat Ulasan

3 Ulasan

Juls Julie80 berkata…
insyaaallah bila sampai masanya..akan tiba jua
Unknown berkata…
Semoga dibukakan hati seseorg utk menerima saya
Shahirah shariff berkata…
InsyaAllah.semoga saya bertemu jodoh yg baik² dn soleh
Aamiin 🤲🤲🤲