Berikan Aku ruang dan peluang untuk aku bahagiakan Syurgaku | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Jumaat, 23 April 2021

Berikan Aku ruang dan peluang untuk aku bahagiakan Syurgaku

 Aku dah biasa orang perli aku. Sindir aku.


Tak kawin lagi ke ? Umur dah tua bro ! 


Aku kalau tengok kau asyik dengan mak kau.. kemana pun. Bila nak berdua? Itulah memilih sangat.


Aku hanya boleh tersenyum. Mampu cakap doakan aku ye.


Kau tau aku sedang berusaha bahagiakan syurga aku. Tanggungjawab anak lelaki sampai akhir hidup dia.


Tak akan habis.





Jangan pelik kalau malam-malam kamu lihat aku bawa di jalan-jalan dan aku ajak lepak sama aku. 


Dia Mak dia juga sahabat yang terbaik dalam hidup aku.


Yang selalu apa jua keadaan.Di saat aku terburuk sekalipun,di saat semua orang menjauh dari aku.Dia tetap ada.


aku tak marah kepada yang berkata-kata itu ini.


Doakan aku juga dapat jaga mak sebaik mungkin.

Doakan aku juga dapat isteri yang faham dapat sama-sama jaga mak dan aku juga bakal sayang mak ayah dia seperti mak ayah aku juga.


Aku tahu bagaimana susahnya hidup mak dulu.


Bagi ruang dan peluang untuk aku bahagiakan dia dengan cara aku.






Share This!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails