Tunaikan Zakat Ringankan Beban, Bayar Online Jer ! | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Rabu, 28 April 2021

Tunaikan Zakat Ringankan Beban, Bayar Online Jer !


 Assalamualaikum

Sedar tak sedar rupanya dah hari ke 16 kita berpuasa, menahan diri dari lapar dan mengawal emosi kita. Nampak kali ini kita juga tidak dapat beraya dikampung apabila larangan untuk rentas negeri.Pendamik Covid memang memberikan kesan yang besar dari keseharian kita. Apabila kita dipaksa untuk mengikuti keadaan semasa. 

Apabila bulan ramadan tiga perkara di tunggu itu terawih, bazar ramadan dan membayar zakat. Sebagai muslim kita kena ingat untuk menunaikan kewajipan dalam Rukun Islam yang  ke-4 iaitu mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan dengan syarat tertentu. Terdapat beberapa jenis zakat yang boleh kita keluarkan. Istimewanya bulan Ramadan, umat Islam disyariatkan untuk mengeluarkan Zakat Fitrah.

 Tahun ini berasa bersemangat untuk membayar zakat Fitrah seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya. Tapi puas cari, memang tak ada kuanter dibuka.Sekarang memang susah untuk mencari tempat untuk membayar zakat. Apalagi kita harus menjaga penjarakan sosial jadi kebanyakannya tempat tidak membuka kuanter untuk membayar zakat. 

 Sebelum itu ketahui dulu kadar zakat Fitrah.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Setiap Negeri di Malaysia 2021

NEGERI

KADAR ZAKAT FITRAH

PERLIS

RM7.00

KEDAH

RM7.00 /RM14.00/ RM21.00

PULAU PINANG

RM7.00/ RM12.00 / RM16.00

PERAK

RM7.00 /RM14.00 /RM21.00

KELANTAN

RM7.00 /RM14.00 /RM21.00

TERENGGANU

RM7.00

KUALA LUMPUR /PUTRAJAYA

RM5.00 / RM7.00 / RM14.00

SELANGOR

RM7.00 /RM14.00 /RM21.00

NEGERI SEMBILAN

RM7.00

MELAKA

RM7.00 /RM14.00

JOHOR

RM7.00 /RM10.00

PAHANG

RM7.00

SARAWAK

RM7.00

SABAH

RM7.00

LABUAN

RM5.00 / RM7.00 / RM14.00

 Ala susahlah, tak payah bayarlah zakat tu ! RM 7 apalah sangat , tak mati punlah. kata Pak Maon kepada Mak Milah.

Harus diingatkan bahawa Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Berdasarkan hadis ini, dapat kita fahami bahawa zakat fitrah ini wajib dikeluarkan oleh setiap umat Islam. Cuma para fuqaha menetapkan yang afdal menunaikan fitrah ialah orang yang wajib atasnya memberi nafkah seperti suami, bapa atau atuk yang menjaga dan membesarkan cucunya. Secara mudahnya orang yang bertanggungjawab menanggung perbelanjaan dan urusan memberi nafkah keluarga.

Zakat fitrah wajib atas Semua individu dari kalangan lelaki, wanita, tua, muda hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya. . Anak perempuan yang masih belum berkahwin masih dianggap di bawah tanggungan bapanya. Namun begitu, jika anak perempuan tersebut ingin membayar sendiri zakat fitrahnya maka dia perlu meminta keizinan dari bapanya terlebih dahulu.

Begitu juga pelajar yang sedang menuntut di universiti dan seumpamanya jika mempunyai lebihan wang perlu membayar zakat fitrah jika tidak dibayarkan oleh orang tua mereka.

 Sekarang zaman teknologi canggih. Bayar online jer!!

Kalau nak senang, guna touch n go je!

 Acik suka pakai touch n go sebab boleh guna untuk apa sahaja, caranya seperti di bawah. 

 Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Langkah Pertama

Pergi ke Touch n go dan klik sepeerti di bawah 


Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Langkah Kedua
Isikan maklumat bayaran seperti nama, kad pengenalan, nombor telefon dan jenis zakat yang kita nak bayar serta tunaikan. Jadi boleh pilih nak bayar yang berapa ringgit dan tekan seterusnya.



Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Langkah Ketiga 

Jadi akan keluar pop up seperti ini untuk pengesahan bayaran mengikut jumlah  bayaran. Hanya tekan pembayaran dan akan terus ke kauan touch n go.

Jangan lupa baca niat membayar zakat dan pastikan dapat resit. Senangkan ? 

 Semoga bermanfaat ye.

Sebelum terlupa Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan Jom Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula dari Tarihk 13 April sehingga 12 Mei 2021. Hadiah berjumlah  bernilai RM15,000 menanti. 


Dengan hanya tiga langkah mudah.

1. Korang bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, 
e-zakatpay, online@branch, mobile banking, ATM Machine atau e-Wallet, yang penting cashless.

2. Imbas kod QR atau korang boleh terus isi borang di 


3.Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my

 

 



Untuk sebarang persoalan mengenai urusan Zakat anda; 

Laman Web Lembaga Zakat Selangor:

Alamat Lembaga Zakat Selangor:
Bangunan Zakat Selangor,
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Talian Zakat Selangor:
1-300-88-4343
(9:00 pagi hingga 4:00 petang)

Email:
maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Share This!


4 ulasan:

Unknown berkata...

Sangat bermanfaat dan sangat memudahkan urusan zakat.. terima kasih..

Unknown berkata...

Sangat bermanfaat dan memudahkan kita dlm urusan zakat, terima kasih.

Mohaz Sue berkata...

Mudahnya nak bayar zakat sekarang ni. Guna online je pun boleh. Tq for sharing

Nadia Johari berkata...

memang mudah bayr online, tekan2 je dh bayr..takyah kalut pergi pusat zakat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails