Ticker

6/recent/ticker-posts

SOP Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 yang perlu kamu ketahui !

Tahun ini Sambutan Hari Raya disambut dengan sederhana dan seperti tahun lalu tidak dapat merentas negeri.

Meskipun pahit untuk ditelan, kita sebagai seorang umat islam harus menyambut kedatangan Aidilfitri selepas sebulan menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.

Namun satu yang pasti, memandangkan kita masih lagi di bawah pelaksanaan PKP, PKPB,PKPP dan PKPD bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, pasti ramai orang tertanya-tanya apakah SOP sebenar bagi menyambut Aidilfitri bagi tahun ini.

Jadi di bawah kami kongsikan SOP Hari Raya Aidilfitri seperti yang diumumkan Menteri Kanan Keselamatan pada selasa petang:

 


Takbir & Solat Raya

Takbir raya di masjid/ surau : Dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP kecuali di kawasan PKPD

Takbir raya rumah ke rumah : Tidak dibenarkan

Solat hari raya di masjid/surau : Dibenarkan di kawasan PKP, PKPB, PKPP dengan jumlah dan syarat mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. PKPD tidak dibenarkan

Jamuan selepas solat hari raya: Dibenarkan di kawasan PKPB & PKPP dan tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

Ziarah Raya

Ziarah hari raya : PKP : Dibenarkan hanya pada : 1 Syawal
PKPB/PKPP :Dibenarkan dari 1 – 3 Syawal
PKPD : Tidak Dibenarkan. Sambutan hanya di rumah sendiri shj

Bagi ziarah di Kawasan PKP tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal manakala tidak melebihi 20 orang bagi kawasan PKPB dan 25 orang bagi kawasan PKPP

Tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan no. telefon tetamu.

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri : Tidak dibenarkan di seluruh negara

Ziarah Kubur 

Aktiviti ziarah kubur : Hanya dibenarkan di kawasan PKPP & PKPB. Tidak dibenarkan di kawasan PKP, PKPD. Maksimum 6 orang bagi satu lot/petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.

 


Pergerakan rentas negeri/daerah

Pergerakan merentas negeri : Tidak dibenarkan di semua kawasan

Pergerakan merentas daerah : PKP dan PKPD tidak dibenarkan 

 

Penganjuran Majlis /Rumah Hari Raya Terbuka adalah TIDAK DIBENARKAN 

Dalam pada itu kelonggaran sudah diberikan, sama-samalah kita menjaga SOP yang telah ditetapkan.Sentiasa memakai pelitup muka dan yang paling penting adalah menjaga penjarakan fizikal antara satu sama lain, kerap mencuci tangan dan menangguhkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran ramai.

Tak kiralah kamu golongan "kayangan" ataupun rakyat marhein tetap harus sama-sama menjaga. 

 Kalau kita yang tak menjaga siapa lagi yang akan lakukan, adakah kita mahu terjadi seperti yang berlaku di India ? 

dan Marilah kita memohon berbanyak keampunan daripada Allah SWT agar wabak ini segera berakhir. "Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu." (Surah ash-Shura, ayat 30)



 

 

 

 

 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan