Pengalaman Mengambil Suntikan Vaksin Covid-19 | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Sabtu, 8 Mei 2021

Pengalaman Mengambil Suntikan Vaksin Covid-19

 



Assalamualaikum

Alhamdulilah pada 6 Mei 2021 acik telah lengkapkan pengambilan vaksin untuk dose kali 2. Semuanya berjalan lancar dan ramai tanya acik bagaimana setelah mengambil vaksin tersebut ? adakah memberi kesan sampingan yang teruk ? 

Alhamdulilah semua baik-baik sahaja dan acik kongsikan serba sedikit pengalaman acik sewaktu mengambil vaksin. Sebagaimana kita tahu, vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Jadi penting sebenarnya untuk mengambil vaksin. 

Pada 15 April 2021 adalah untuk suntikan yang pertama vaksin. Macam acik notifikasi acik dapatkan di Mysejahtera menyatakan tarikh, masa dan tempat untuk kita dapatkan vaksin tersebut. Jadi pastikan datang awal dan pastikan kemaskini mysejahtera. 

Perasaan ketika itu memang berdebar, setelah itu kita akan diberikan borang persetujuan untuk kita mengambil vaksin dan sila isi di ruangan yang perlu di sini. Stage seterusnya kita akan di ruangan menunggu sehingga ke kuanter untuk mengemaskini my sejahtera kita. Maka akan ditanyalah pada kita ada sejarah penyakit tak ? ada sakit apa dan sebagainya. 

Pada acik, jangan malu nyatakan kita ada sakit apa. Kena jujur ini untuk kebaikan kita. 

Kalau siapa bagitahu ada penyakit misalkan darah tinggi. Stage seterusnya untuk check kesihatan sekejap je. Kalau siapa yang tiada penyakit akan ada sesi konsultasi bersama Dokter, boleh tanya apa sahaja persoalan bermain diminta. Tanya je dokter pun friendly.

dan saat mendebarkan apabila nama dipanggil untuk disuntik.

Macam acik,acik dapat vaksin pfizer dan vaksin bukan boleh dipilih-pilih.Setelah disuntik, memang tak rasa apa-apa. eh dah eh ?

kena scan mysejahtera dan direhatkan sekitar 15 hingga 30 minit sekiranya ada yang tak kena boleh terus bagitahu dokter. 

Saat itu tak ada rasa-rasa apa-apa tapi setelah beberapa jam barulah berasa badan sakit-sakit, berasa lemah ,badan rasa nak demam dan paling penting bawaannya nak tidur sahaja. Katanya itu simptom biasa.Tapi selepas 48 jam Alhamdulilah semua kembali seperti biasa. Nasihat acik kalau sebelum suntik itu makan panadol waktu sahur. Kalau kena pada bulan puasalah.

Tapi seandainya meraasakan lain macam mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya kamu mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID 19: 

• Kesukaran bernafas 

• Pembengkakan muka, bibir dan tekak 

• Denyutan jantung yang sangat cepat 

• Ruam teruk timbul di seluruh badan 

• Merasa pening dan lemah tubuh badan

Ini kiranya antara side effect yang luar biasa. 

Paling penting banyakkan minum air putih.Setelah selesai akan diberikan kad temujanji untuk dose ke 2. 


Pada 6 Mei 2021 adalah dose yang ke 2 prosesnya sama seperti sebelumnya. Cuma kali ini bersaing dengan warga emas yang ambil first dose. Tengok mereka bersemangat betul. Untuk second dose ini apa yang acik alami, badan sedikit melayang mungkin kerana perut kosong puasa. Tekak rasa kering, badan sakit-sakit semua dan bawaannya nak tidur dan terlalu lapar.

Tapi alhamdulilah semua baik-baik sahaja, doakan agar diberi kesihatan yang baik. Acik nak ajak semua untuk cepat-cepat daftar di Mysejahtera untuk mengambil vaksin.

Hidup dan mati itu adalah takdir ALLAH,setidaknya kita berusaha untuk mengalahkan pendamik COVID 19 yang saban hari kian meninggi.Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, kita masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). Walau bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui.

Jangan meremehkan hal-hal seperti ini, jangan kita jadi barah dengan menghasut untuk orang tidak mengambil vaksin. Ianya untuk kesejahteraan bersama bagi memastikan kesehatan kita terjamin. Memang sedih tahun ini tak dapat raya bersama keluarga. Tapi takkan kita biarkan tahun depan juga akan berulang lagi ? 


Share This!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails