Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Iklan Raya 2021 Yang Perlu Kamu Tonton Yang Pasti Akan Menyentuh Perasaan

 

Kita dah tiba, 10 malam yang terakhir di bulan ramadhan. Rasa rindu dan sayang nak tinggalkan bulan yang penuh hikmah ini. Semoga kita manfaatkan masa yang ada, dan raya nak tiba ! Hari kemenangan yang di nanti-nantikan dan bermaaf-maafan..

Rasa tak lengkap bila tiba hari raya jika kita di hidangkan dengan iklan atau shortfilm yang menarik.

Sambil-sambil boleh saksikan 10 iklan terbaik pilihan acik. Pada acik mesej yang di sampaikan ada mesej yang sangat bermakna dan paling kelakar. Seperti biasa kita mesti nanti-nantikan iklan petronas yang tak pernah mengecewakan, mampukah yang lain menandinginya ?
 
10 Iklan Raya terbaik 2021
 
 
10. Memori Eidulfitri | Iklan Raya Monsta 2021 
 
Setiap masa yang berlalu adalah peluang untuk mencipta memori baharu. Selamat Hari Raya Eidulfitri, ikhlas dari Monsta.  

 

 9.  Iklan Raya MR.DIY 2021: Kerana Azman 🚲

 Mak marah, jiran marah. Hmm...apa yang dibuat Azman sampai macam tu ek? Tonton iklan raya MR.DIY sempena Aidilfitri tahun ini.

 
 
8.Iklan Raya UMW Toyota 2021 - Umi Pembaris
 
Sebuah iklan raya dari UMW Toyota Imbau nostalgia Aidilfitri bersama Umi Pembaris, kenangan suka dan duka keluarga di hari lebaran. Walau raya mungkin berbeza, yang penting kita tetap bersama. 
 
 
 
7. JALEN Iklan Raya 2021 | Raya Tak Lengkap
 
Adam sudah terbiasa membuat persiapan raya bersama emaknya pada setiap tahun. Mengemas rumah, membuat kuih raya dan deko raya semuanya dibuat bersama. Tapi tahun ini, adam terasa kehilangan apabila emaknya tidak bersamanya untuk membuat persiapan raya bersama seperti tahun-tahun lalu. Dapatkah Adam membuat persiapan rayanya sendiri pada tahun ini?
 
 
 
 
6. Perodua Raya 2021 - #BajuSiapa
 
Raya dah nak dekat. Pakaian di dobi semua dah siap cuci. Siap gosok, wangi lagi! Tapi, apa pula drama kali ni ye? #BajuSiapa ni?  
 
 
 
 
5. Maxis Iklan Raya 2021 | Raya Si Sakan #NikmatRayaBersama
 
Mak Jah suka buat persiapan raya sendiri tiap-tiap tahun. Kuih raya, baju raya dan deko raya pun dibuatnya sendiri. Tapi tahun ni Pak Sakan, asyik beli keperluan Raya tak berhenti. Apa agaknya yang difikirkan Pak Sakan?   
 
 
 
 
4. Iklan Raya ADABI 2021 | Benci Ayah
 
Masak rendang di bawah tangga, Rencah Adabi penambah rasa, Kasih Ibu membawa ke syurga, Kasih Bapa sepanjang masa. 
 
 
 
 
3. Iklan Raya SAJI 2021 | Mangkuk Tingkat Mak Teh
 
Diilhamkan dari sebuah kisah benar. Ditujukan kepada mereka yang berada di belakang petugas barisan hadapan. Ahli keluarga yang resah menantikan kepulangan yang tersayang. Kasih Tulus, Kekal Abadi, Seikhlas Hadiah Dari Hati.
 
 
 
 
2. Iklan Raya MYDIN 2021 - Pulanglah Nak...
 
Syawal hampir menjelang tiba, puan Munah diuji apabila terpaksa berpisah dengan anaknya dan jiran-jiran terus memperkatakan tentang keluarga mereka. Dapatkah mereka menyambut Aidilfitri pada tahun ini? Dapatkah puan Munah bertemu semula dengan anaknya?
 
 
 
 
1. PETRONAS RAYA 2021: Syukur Raya
 
Apa lah nasib Poji raya tahun ini. Dah lah tak dapat pulang beraya. Terpaksa pula berhadapan dengan Mak Jah, jiran sebelah rumah yang garang orangnya. Nak tahu kesudahan raya mereka? Saksikanlah nyanyian sang terkukur, Syuk-kur, dalam filem animasi ‘Syukur Raya’! #PETRONASRaya2021 #SyukurRaya #StoriesOfJoy
 
 
 
 
so macam mana ? 
 
Kalau ada lagi best sila kemukan di ruangan komen. Boleh di ambil kita dan akan di tambah. 


 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Juls Julie80 berkata…
banyak iklan raya sedih2 tahun ni...tak tengok abis...sebab x balik raya huhuuu