17 Pengajaran Kepada Kamu Yang Masih Single, Jodoh perlu usaha Be prepared | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Jumaat, 21 Mei 2021

17 Pengajaran Kepada Kamu Yang Masih Single, Jodoh perlu usaha Be prepared

 

kredit tp : instagram


Assalamualaikum

Setiap orang impikan kisah hidup yang lebih baik. Mempunyai pekerjaan yang bagus dan mempunyai seseorang yang ada selalu di sisi kita sebagai pasangan hidup. Tetapi ditakdirnya soal jodoh itu agak lambat sikit, sampai la ni juga masih single. Acik tertarik dengan perkongsiaan dari Aini Razali  tentang pengalaman dan 17 pengajaran tentang kehidupan single. Ini adalah pandangan peribadi untuk dikongsikan bersama, ambil sebagai tauladan.

1. Jodoh perlu usaha. Be prepared, dont be ready. Because ready is a feelings. Sampai bila-bila kita tak akan pernah ready kalau bergantung semata-mta pada 'perasaan'. Ready tak ready, kita kena terima hakikat one day aku akan bernikah, nikah itu fitrah dan sunnah. Jadi aku perlu prepare awal2 ilmu, kewangan, fizikal dan mental wlpn masa tu tak terasa nak bernikah pun. Saya cadangkan baca buku Aiman Azlan Unbreakable. Recommended baca waktu masih single and available.
2. Jodoh mungkin dah lama muncul depan mata. Jadi sentiasalah buat baik pada orang sekeliling tanpa berpura-pura. (Sbb kalau hangg fake, jodoh hang pun akan dapat yang fake)
3. Ciri-ciri jodoh ada dalam doa kita. (Dalil Quran : .. Dan berdoalah kepada Aku, nescaya Aku perkenan..)
4. Konsep jodoh adalah cerminan itu betul. Walaupun orang luar nampak mcm perangai kami berbeza tapi sebenarnya kami tahu kami 2x5 sama ja.

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

5. Kalau ada pun perbezaan, perbezaan itu melengkapi. Kelebihannya melengkapi kekurangan saya. Kelebihan saya melengkapi kekuranganya.
6. Kalau betul jodoh, perjalanan akan jadi mudah. Carilah bakal pasangan yang berusaha untuk menjadikan hubungan itu halal dan realiti. Jangan mencari yang ragu-ragu dan bermadah manis ibarat seperti menanam tebu ditepi bibir
7. Jangan takut untuk jadi diri sendiri. Bagilah si dia jatuh cinta kepada diri kita yang sebenar. Jika dia melarikan diri, anggaplah dia bukan untuk kita. (TAPI kalau dah tahu perangai tu memang teruk, berubahlah. Sila sedar diri. Haha sila baca point no. 4 balik)
8. Komunikasi, toleransi, sentiasa berbincang, hormat dan jujur merupakan elemen penting mengekalkan hubungan.
9. Belajar lah bahasa pasangan kita untuk mengelakkan pergaduhan yang berpanjangan. Lagi2 yang belum halal ni sbb jarang berjumpa.
Orang kata kunci kebahagiaan adalah komunikasi. Ada orang mendefinisikan komunikasi berdasarkan kuantiti (setiap beberapa jam). Tetapi bagi saya, komunikasi yang efektif berdasarkan kualiti. Bercakaplah bahasa pasangan. Boleh belajar dari buku : -
1.) Mens from Mars Women from venus.
2.) Kamalia Kamal Development Indicator.
3.) 5 love languages.
4.) 16 personalities.
Dan sekutunya...
Ilmu-ilmu di atas bukan sahaja baik untuk pasangan bahkan untuk semua termasuk diri sendiri, makayah keluarga dan semua lah. Terutamanya pendakwah. Ilmu psikologi sgt penting untuk kita dekati mad'u.
10. Belajar juga emosi pasangan. Perempuan normalnya akan tidak berapa stabil emosinya bila tiba PMS atau kata lain aturan haid. Setiap bulan mesti ada musim masam muka .

Lelaki juga ada 'PMS mood'. PMS lelaki kebiasaanya pada tempat kerja atau penat. Tp tak sekerap perempuan. Jadi bila dah tahu rentak pasangan, pandai2 lah yang mood tengah stabil tu mengalah sekejap. Jangan waktu sorang tengah penat, sorang buat-buat emo pulak. Jem. (Baca: Tolerasi)
11. Restu ibubapa adalah yang palinggggg PENTING. Sebelum mengorat dan memberikan hati pada bakal imam/makmum... mengoratlah terlebih dulu bakal mertua. InsyaaAllah perjalanan yang lain akan menjadi sangat mudah. Tanpa doa mereka siapalah kita.
12. Kita datang dan kembali pada Allah. Kehadiran pasangan kita ke dalam hidup juga akhirnya untuk kembalikan kita pada Allah.
Teringat pesan Ustaz Abd Somad. Jodoh ini adalah ayat(petanda kekuasaanNya) yang berbentuk fizikal. Jadi bila kita tengok dia, ingatlah ini adalah pesanan dari Dia kepada saya. Dan juga saya adalah pesanan Illahi kepadanya.
13. Jangan takut untuk berkenalan dengan orang yang salah. Kerana ada pahala dalam setiap pencarian jodoh kita dgn syarat niat dan cara mestilah betul. Setiap kali niat berkenalan, niatlah untuk Allah. InsyaaAllah terdapat pahala di situ.
14. Kita hanya mampu berusaha. Selebihnya serahkan kepada Allah. Nikah adalah ibadah. Dan yakinlah bahawa setiap perkara yang baik Allah mesti akan jaga dan mudahkan. (Baca point no 1 balik).

Sekiranya sudah usaha tetapi lain jadinya. Maka anggaplah Allah sedang melindungi kamu dari musibah yang lagi besar. Adapun cinta Allah terhadap hambaNya lebih besar dari cinta ibu mengandung terhadap anaknya. Mana mungkin Allah akan membiarkan kita bersedih tanpa ada hikmah yg lagi besar disediakan oleh Nya.
15. Latih diri untuk terima diri dia apa adanya yang sebelum kahwin tanpa niat mengubahnya. Adapun sebagai ummat islam, kita ada prinsip esok mestilah lagi baik dari hari ini. Kerana itulah tujuan pernikahan - untuk melengkapi separuh iman kita. Jadi nak taknak mesti kita nak ajak pasangan jd baik sbb ingin bawa ke syurga. Beza tau yang sama sama nak jadi baik dan yang nak pasangan berubah untuk dia. Fikir mcm ni, kalau kita tak boleh bahagia dgn perangai dia yang sekarang.. jangan harap lepas kahwin kita boleh bahagia. Sbb manusia dia tak akan berubah dgn paksaan. Get it?
16. Carilah yang melengkapi. Jangan mencari yang sempurna. Kerana sempurna itu tidak wujud melainkan pada Nabi. Manusia tidak akan pernah sempurna. Pasangan kita juga tidak akan pernah sempurna. Berdoalah semoga jika benar ia jodoh kita, pasangan kita akan sentiasa 'cukup' pada kita. Doa supaya dikurniakan hati yang sentiasa merasa cukup supaya kita tidak lagi memandang yang lain kerana hakikat asal nafsu itu tamak hanya iman yang menjadikan nafsu itu nafsu yang baik.
17. kebahagiaan kita datang dari Allah. Kita perlu usaha untuk membahagiakan hubungan rumah tangga itu sehabis baik dan selebihnya serahkan kepada Allah. Dan kebahagiaan itu perlu diusahakan dari awal lagi (waktu single-pemilihan calon yang baik). Kerana calon yang baik akan melahirkan generasi yang baik. Yang salah adalah bila kita langsung tidak berusaha.
Sekian 17 perkara yang saya belajar sebelum kahwin. Mungkin lepas dh kahwin ni bertambah jadi 1001 pengajaran .Kami doakan semoga keluarga, kawan-kawan saya yang masih berseorangan dipertemukan dgn calon yang
terbaik
untuk dirinya di waktu yang
terbaik

Credit to : Ain Razali
.

Share This!


2 ulasan:

paridah berkata...

doa selalu n usaha sedikit insyaAllah ada jodohnya

SalbiahM berkata...

��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails