Selasa, 8 Jun 2021

Lelaki ini kalau dia serius dan dah bersedia, jangan ditanya pasti dia akan buat simpanan dan terus ajak kawin

 



Jika di tanya pada acik , adakah salah untuk memilih ?

Tak salah kerana ianya pilihan kita dan akan hidup seumur hidup dengan kita, tetapi janganlah meletakkan pilihan itu hanya pada yang kaya dan cantik rupa paras sahaja. Tetapi alangkah baiknya jika di pilih kerana baik akhlaknya. Cantik dan handsome itu kan subjektif, jadi cinta itu boleh di pupuk. Bila dah sayang nanti, yang tak nampak menawannya sebelum ini pasti akan kelihatan.

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

Jika memilih itu pilihlah kerana agama, jaga keluarganya dan ada pekerjaan.

Kerana apa ? 

Bila dia berpegang pada agamanya pasti dia akan menjaga hak-hak anak. isterinya dan keluarganya. Bila dia jaga solatnya, pasti dia menjaga hal tanggungjawabnya dan bila dia pekerjaan maka bolehlah di sara kehidupannya.begitu juga untuk wanita, jika dia jaga agamanya dia kan mendidik anak-anak kita untuk menjadi umat yang lebih baik dan tahu pasti menjaga keluarganya dengan baik.

Tapi dia itulah, inilah banyak kurangnya ? macam mana itu ? 

Hakikatnya sempurna bukan sifat kita, jika ada kesanggupan untuk berubah.Berubah ke arah lebih baik, apa salahnya. Dia nak majukan diri dia, nak cari kerja dan sebagainya. Berilah peluang.

Bayangkan baru sahaja lepas habis belajar, kebiasaanya perempuan akan suruh masuk meminang. Kalau tanda sayang.

Hakikatnya dia ada tanggungjawab lain juga, untuk bantu keluarga dan adik beradik dia, dia kukuhkan kewangannya dia, nak bayar PTPTN dan sebagainya.

Bersabar sedikit.

Lelaki ini kalau dia serius dan dah bersedia, jangan di tanya pasti dia akan buat simpanan dan terus ajak kawin. Kalau dia suka dia akan buat apa sahaja untuk pastikan jadikan kamu kekasih yang halal baginya.

Janganlah terlalu memaksa,kerana keterpaksaan itu akan buatkan ungkit mengungkit akan berlaku.

Jadi sebenarnya tiada isu memilih ini.

Kita mencari seseorang itu sebagai pelengkap hidup kita, kadang kala kita suka kesamaan dengan sifat kita dan kadangkala pantulan sifat kita.

Kita lebih suka jika kita selesa dan dengan seseorang itu buatkan kita rasa selamat dan boleh bahagia dengan dia.

Jika kita tersilap pilih, maka hidup kita juga akan binasa. 

Pada mereka yang berkata yang tidak-tidak itu hentikan gantilah dengan doa kamu, agar kami yang belum berjodoh itu agar di pertemukan dengan seseorang selayak untuk kami.Paling tidak, bantulah kami untuk mencari seseorang untuk taaruf mana tahu kami berjodoh. 

3 ulasan:

  1. Entahla, pernah juga beria tunggu, tak pernah persoalkan jauh sekali memaksa. Akhir cerita kena tinggal gitu je.

    BalasPadam
  2. Kadang bercinta lama2 jugak tapi dak effort menghalang pun xbest juga .

    BalasPadam
  3. Yang penting tu adalah effort. Kalau tak de tanda2 nak ajak kawen tu, pandai2 lah hidup. jangan terus berharap. Tapi memang betul, kalau lelaki tu serius, memang dia akan ajak kawen.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan