Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku selalu yakin, Jodoh aku ada, Allah akan pertemukan dengannya cara yang tepat dan waktu yang tepat.

 

 

ehsan google

 Assalamualaikum

Acik ! acik !, suara memangil dari belakang.

Suara itu seperti tidak asing di cuping telingga, sempat aku menoleh ke belakang. 

Ya ALLAH Hazim, kau buat apa kat sini ? 

Kebetulan aku ada mesyuarat kat sini, dari jauh nampak kau. kata Hazim

Persoalan pertama dilontarkan, Dah kawin ? 

Aku hanya ketawa sahaja, aku dah agak mesti soalan itu yang akan ditanya.

Belum lagi, doakanlah aku.

Aku pun belum acik, entahlah tak memikirkan tentang itu dulu setelah tak jadi nikah dulu. Aku macam traumalah acik, balas Hazim.

 Cerita kitakan lebih kurang sama, cuma kau lebih dasyat. Kami sama-sama ketawa.

 Mungkin ramai diantara kita, alami hal yang sama. Kecewa, trauma dan sedih kerana kejadian lepas. Ramai di luar sana juga telah selesa hidup bersendirian.

Untuk apa ada pasangan tapi kalau menyusahkan dan menyakitkan ? 

Itu mungkin persoalan-persoalan yang sering dikatakan.

Sedih boleh asal jangan lupa bahagia
Dan kecewa boleh asal jangan putus asa
Kerana cinta mengajarkan doa-doa
Kerana cinta mengajarkan semangatnya 

Mungkin kami insan-insan terpilih yang diutuskan oleh ALLAH untuk diuji tentang soal jodoh.Orang kata lambat kawin. 

 Tapi aku melihat ianya dari sudut positif terutama aku dapat menjaga mak dengan baik dan dapat membaiki diri.

 Betul, semua orang nak kawin, siapa tak nak ?

Tapi aku selalu yakin, Jodoh aku ada, Allah akan pertemukan dengannya cara yang tepat dan waktu yang tepat.Semua ini proses, proses untuk kita menjadi lebih baik.

 Proses untuk kita mengenali diri kita.

Mendalami agama kita. 

Aku selalu rasa, kalau aku kawin awal dengan sikap tak matang aku, dengan kerja tak tentu arah. 

Memang struggle untuk diri sendiri, 

Bayangkan aku diusia 26 masih lagi memapah mencari haluan hidup, mencari kerja tetap. Waktu inilah aku diuji kena buang kerja.Belum ada lesen. 

Kadang bila ingat balik ketawa sendiri.

Kadang kala ada baiknya kita di uji,patah hati ia membuatkan kita menghargai setiap apa yang kita ada. Berhenti menyalahkan sesiapa. Setelah apa yang terjadi, sabar dan berdoa sahaja tidak cukup. Harus disusuli dengan usaha. Doa harus disertai dengan usaha. Dan setelah itu pasrahkanlah semua pada ALLAH. Tak lupa ikhlaslah dengan hasil yang diterima nanti. Pasti akan ada kejutan setelah itu. Itu pasti. 

Jadi kita jalani sahaja, 

Andai waktunya tiba, kita akan bersatu. 

 

 


 

Catat Ulasan

0 Ulasan