Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Filem Gayong



Review Filem Gayong 

Ekspektasi Awal

Pertama sekali, ekspektasi acik bila tengok tajuk “Gayong” ni memang tinggi, sebab acik sangka ia akan benar-benar menonjolkan keindahan seni Silat Gayong – baik dari segi pergerakan yang artistik mahupun teknik tempurnya. 

Awal cerita masa adegan lawan Muay Thai tu memang acik teruja. Ia macam bagi harapan bahawa filem ni bakal bentangkan pertembungan antara seni bela diri dari budaya yang berbeza. Tapi lepas tu, cerita jadi agak mendatar. Ritma cerita mula dimainkan bila penonton dibawa menyelami kisah latar Meor yang berpindah dari Taiping ke Singapura.


Dari segi plot, memang boleh agak apa yang akan jadi. Tak ada elemen plot twist atau kejutan besar. Jadi, kita memang hanya ikut je arus cerita tu. 

Aksi & Pertarungan

Bab aksi pertarungan, acik rasa kemas. Tak ada sangat adegan yang nampak “berpura-pura” atau tunggu nak dipukul. Realistik dan tersusun. Tapi bila Yayan muncul, acik punya ekspektasi tinggi sebab dia ni ikon aksi yang hebat. Sayangnya, watak dia agak dihadkan – mungkin untuk beri peluang Meor lebih menonjol.

Watak Meor acik suka. Dia bawa nilai orang Melayu yang sabar, beradab, tapi tegas bila perlu. Antara scene yang paling acik tak boleh lupa ialah pertarungan di ruangan dapur, waktu dia lawan orang putih pakai laser hijau – memang mantap dan ada “wow factor”.

Satu lagi scene yang berkesan ialah ketika serangan Jepun – waktu tu Nabila Huda dengan anak-anak, Beto, dan adiknya naik sampan dan terbalik kerana kesan letupan, laut jadi berombak. Usaha mereka nak selamatkan diri, berlakon dalam air… babak tu real, berat dan penuh emosi. Lakonan dalam air bukan senang, tapi mereka buat dengan meyakinkan.

Unsur jenaka dalam filem ni tak hambar. Masuk elok dengan situasi, jadi tak rasa janggal. Yonus sangat menceriakan suasana.. Sayur.. sayur. Tapi ada satu hal yang acik rasa agak terganggu – anak Meor tu menangis dari mula sampai habis cerita. Bunyi tangisan tu acik rasa terlalu kerap dan buatkan acik kurang selesa sikit.

Visual filem ni cantik. Lokasi seperti kampung lama, hutan latihan, dan perkampungan Melayu klasik semua ditangkap dengan rasa. Warna-warna tidak terlalu terang – cukup untuk cipta suasana zaman dulu. 

Kesimpulan

Secara keseluruhan, filem Gayong ni okey. Jangan harap aksi penuh gaya macam filem IP Man, sebab cerita ni lebih kepada perjalanan Meor dalam menghidupkan semula seni Silat Gayong. Ia lebih bersifat pengenalan dan asas penubahan silat iti sendiri.

Kalau kamu minat sejarah, seni mempertahankan diri, dan kisah perjuangan orang Melayu, filem ni memang patut ditonton. Cuma kalau kamu cari aksi yang heavy dari awal sampai akhir – mungkin akan rasa kurang puas.

Acik bawa mak sekali, sampai habis menanya, bila lawan bruce lee nya? 🤭

Rating Acik: 7/10


Catat Ulasan

0 Ulasan