![]() |
kredit Primeworks Studio |
Visual dan Animasi: Ketelitian Yang Mengagumkan
Perkara pertama yang mencuri perhatian aku ialah kualiti visual dan animasi yang dipersembahkan. Ia bukan sekadar kemas, malah penuh dengan perincian teliti – daripada latar alam, pencahayaan, tekstur bangunan hinggalah kepada ekspresi wajah watak. Animasi pergerakan terutama dalam babak aksi benar-benar membuatkan aku tidak berkelip mata. Koreografi pertarungan terasa sinematik, seolah-olah menonton filem aksi sebenar – satu pencapaian yang luar biasa untuk animasi tempatan.
Jalan Cerita: Mudah Diikuti dan Sarat Emosi
Serius aku cakap, visual dia sangat kemas dan teliti. Animasi dia bukan level “asal siap”, tapi memang nampak effort dan kualiti. Pergerakan watak, latar belakang, efek pencahayaan, semua nampak smooth dan sedap mata tengok. Lagi-lagi part aksi—laju, penuh energi, tapi masih jelas dan tak serabut.
Aku especially suka babak lawan-lawan. Koreografi dia power, macam tengok filem Marvel tapi versi Malaysia.
Pembangunan Watak: Lebih Matang dan Bermakna
Watak Ali kali ni dah tak macam budak-budak sangat. Nampak jelas dia dah mula fikir pasal tanggungjawab dan perjuangan. Ayat “Misi kita belum selesai” tu, memang buat kita rasa nak bangkit dan jangan mudah give up.Sangat sesuai untuk penonton kanak-kanak untuk sentiasa semangat. Apalagi untuk kanak-kanak 20 ke atas sangat mengimpirasikan.
Watak Alicia pun banyak bantu kuatkan cerita. Babak lawan antara Ali dan Alicia tu memang padu! Masa Ali sedar dia sebenarnya tengah berlawan dengan Alicia, tu part yang buat aku terdiam—emosi!
Dan tak boleh lupa watak paling cool dalam filem ni—Ejen Rizwan. Strategik, tenang, dan sangat bergaya. Setiap kali dia muncul, rasa macam "Yes! Dia ada, confirm selamat!"
ehh tak lupa watak jeneral rama yang sentiasa penuh drama tamilnya, memang sangat watak yang kosisten.
Humor Ringan Tapi Kena Pada Masa
Comot tetap jadi watak comel kesayangan ramai. Dia tak perlu bercakap pun, tapi semua gerak-geri dia mencuit hati.
Cikgu Munah pula serius kelakar—babak dia tanya Cero pasal kerja sekolah tu memang buat satu panggung gelak.
Shashi pun tak kalah—bila dia panik sebab kalah game, di lari lintang pukang memang haha!
Teknologi S.A.T.R.I.A. dan Isu AI: Ringan Tapi Bermakna
Filem ni juga bijak selitkan isu AI dan teknologi, tapi dengan cara yang santai dan mesra anak-anak. Kita diperkenalkan dengan S.A.T.R.I.A., satu sistem AI dalam bentuk sut perisai. Yang bestnya, walaupun AI tu hebat, tetap ada mesej penting—teknologi takkan boleh ganti hati dan nilai manusia.
Penggunaan Bahasa Malaysia yang baik
Aku sangat appreciate bila bahasa dalam filem ni bersih, sopan dan sesuai untuk semua. Tak ada ayat kasar atau slang yang pelik. Ini penting sebab kanak-kanak ramai tengok, dan secara tak langsung mereka belajar guna bahasa yang baik.Acik puji dengan laras bahawa yang digunakan dalam pertuturan.
Satu Je Yang Aku Geram: Ending Gantung!
Okay, jujurnya aku rasa geram sikit dengan ending. Cerita dia habis tergantung macam tu je—dan kita macam, “Eh, habis ke ni?!” Tapi dalam masa sama, rasa tak sabar nak tunggu Ejen Ali 3. Confirm next movie akan lagi meletup!
Wajib Tonton!
Filem ni memang buat aku teruja, terhibur dan tersentuh. Dari aspek animasi, jalan cerita, humor, sehinggalah ke nilai yang dibawa—semuanya on point. Paling best bila mak aku yang awalnya skeptikal, akhirnya bagi 9/10. Aku? Confirm 10/10.
Kalau korang cari filem Malaysia yang boleh ditonton seisi keluarga, yang boleh gelak, boleh insaf, boleh bangga — Ejen Ali 2 ni pilihan terbaik.
✨ “Misi kita belum selesai” – tapi misi korang nak cari filem best, dah selesai! 😉
1 Ulasan