Ticker

6/recent/ticker-posts

Qari & Qariah Malaysia Juara .. Walaupon Bola Sepak Kita Tewas


Assalamulaikum..... wah baru selesai untuk pusingan pertama perlawanan bagi MALAYSIA-SINGAPURA.. dengan keputusan ..3-5 ... nantikan di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai 2011... untuk perlawanan timbal balik ...Keputusan bola sepak dah tahu. Kini beralih kepada keputusan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa tahun 2011. Alhamdulillah, kedua-dua qari dan qariah Malaysia pada tahun ini telah berjaya menjadi johan bagi kategori qari dan qariah. Berikut keputusan penuh Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2011:

BAHAGIAN QARI :
Johan Qari dimenangi oleh Amirrahman Abbas dari Malaysia dengan markah 89.26%

Naib Johan Qari dimenangi oleh Muhmmad Saudi dari Filipina dengan markah 88.67%

Tempat ke tiga Qari dimenangi oleh Mahmud Al Basit dari Mesir dengan markah 87.8%

BAHAGIAN QARIAH

Johan Qariah dimenangi oleh Hajjah Suraya Abu Hassan dari Malaysia dengan markah 88.33%

Naib Johan Qariah dimenangi oleh Hajjah Norkhalidah dari Indonesia dengan markah 88.30%

Tempat ke tiga Qariah dimenangi oleh Nor Azizah Solihin dari Singapura dengan markah 86%
Majlis tilawah yang berlangsung sejak 16 Julai lalu bertema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' menyaksikan 81 peserta (50 qari dan 31 qariah) dari 50 negara mengambil bahagian.Penghakiman tilawah tahun ini dilakukan 16 hakim dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Majlis malam ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.– Utusan
Allhamdulilah Tahniah Kepada Pemenang .... so kepada anda semua kena amik ahu juga perkembangan rakyat Malaysia & kejayaaan Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan