Pengikut

Ahad, 9 Oktober 2011

Bila Perempuan Jatuh Cinta



Assalamualaikum

Hai semua hari nie masih lagi berkesempatan untuk menaip di blog yang tak berapa cantik nie but disinilah tempat mengadu semua yang di lalui dalam hidup. Acik dah berkali tulis cerita tentang lelaki jatuh cinta dan kali nie adalah sambungan dari itu. Dan tajuk hari nie adalah Bila Perempuan Jatuh Cinta.
Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

Dan setiap manusia ada perasaan mereka yang tersendiri tentang cinta kepada seseorang kerana perempuan nie sifatnya lebih halus dan perlukan perhatian. Paling special perempuan adalah dia menerima siapa pon janji hati mereka sudah terpaut tak kira wajah dan hartanya:) ,Berdasarkan pengalaman acik ada beberapa ciri bila perempuan jatuh cinta.

1. Dia akan menghiasikan dirinya

Bila perempuan jatuh cinta mereka akan tunjukkan penampilan yang menarik dengan harapan si Dia akan suka padanya. Dah mula nak pandai bermake up .Seorang wanita yang sedang jatuh cinta akan mengungkapkan kedunia bahwa ia sedang jatuh cinta dan ia seperti bunga yang bermekaran, indah dan cantik ketika sang cinta sedang melanda. Jadi, amatilah jika dia lebih berbeza dari sebelumnya.


2. Akan Selalu nak mengetahui tentang diri anda
Bila perempuan jatuh cinta nie si gadis akan lebih ambil berat tentang kamu tentang kesihatan kamu.tentang makan dan minum dan segalanya dan SMS tu tak akan lekang sehingga la rasa puas hati dan akan selalu rendu pada si Dia.


3.Akan lebih banyak bercakap tentang dirinya


Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Dia selalu menjaga percakapannya dan tidak pernah keluar dari apa yang sedang dibicarakan. Dia juga memperhatikan terhadap apa yang anda katakan dan akan selalu mencoba mengisi keheningan dengan apa yang boleh buat. Dia ingin membuat Si Dia nyaman ketika berada disampingnya.


4. Akan lebih cemburu

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan sangat jeles lagi-lagi bila kamu berdekatan dengan mane-manae perempuan lain ...tengok la mesti merajuk punye :)


5.Akan ada aktiviti merajuk

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


6.Ekspresi Wajah

Seperti acik kabo di awal, membaca bahasa tubuh wanita jatuh cinta sangat mudah . Wanita akan lebih sering tertawa dan tersenyum walau pun topik yang sedang dibicarakan tidak terlalu lucu. Pokoknya,(cam pokok menjalar) wajahnya selalu berseri-seri dan terlihat ceria kalau dia lagi sama kamu.


7. Mahu mengetahui tentang latarbelakang kamu
Maksudnya cuba nak tahu tentang ahli keluarga kamu dan siapa kawan-kawan kamu dan semuanya tentang kamu .

8.Akan selalu update di facebook tentang kamu


Bila buka fb tu mesti profile kamu ayng pertama akan dilihat dan berulang kali dan setiap masa akan di tengok tak kira la dari status hingga ke picture



9.Akan suka ungkapkan ayat-ayat cinta


wah mesej mula la melambak dengan ayat romantik ..i miss u ..u miss i ?? hahahaha memang akan jadi minah jiwang dan lelaki jiwang


Rasanya sikit dululah berkongsi tentang Perempuan jatuh cinta sebab cinta itu adalah permulaan dari sebuah perhubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan ALLAH


Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Tetapi

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”


Share This!


13 ulasan:

MaiRa QuEeN berkata...

sememangnya laki dan perempuan itu saling menyempurnakan...saling memerlukan..

ha-ha-rith berkata...

yeah , betul betul betul . semua tepat . haha , lagi lagi yang merajuk tu . hihi ,

Qaseh Qistina berkata...

blushing tetiba..ngeeeee ^_^
terkena sudah...

Kyra Hasman berkata...

sgt betul! haha

hana szied berkata...

sllo update pasal dy tu..cm btul laa :P

yura berkata...

hehehehe ada logiknye sebenarnye...
sbb 2 la perempuan itu unik kan2

Aku Penghibur berkata...

ermmm yup perempuan nie ada sifat tersendiri :)

budaq tembam berkata...

eh2..betul laaa...:)

Paris Lipton berkata...

yg pasal pmpn jatuh cnta xkira rupa harta tu btol sanagt...tp prmpuan jth cnta dia akan smpan jela dlm hati...kalo dh btol2 kapel bru die akan seperti ciri diatas

Aku Penghibur berkata...

ermm yeke enth la ..berdsrkan penglmn la yer

kayrul-shah berkata...

salam kenal..follower ke 1000...setuju sangat ngan entry nie

Finaz Jaafar berkata...

oopppssss..nyatanya perempuan mudah dibaca ye..hukhukhuk

Aku Penghibur berkata...

kayrul terima kasih ..... :)

finaz :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails