Pengikut

Isnin, 12 Disember 2011

Andai Kau Bukan TakdirKu






Assalamualaikum



Alhamdulilah masih dapat bersama dan menaip lagi di blog yang sederhana nie.Walaupon sekarang keadaan hujan di luar sane dan di hidangkan maggie tengah malam nie memang syok + sejuk sangat mengoda selera. Nyum nyum nyum jom makan maggie dulu :) heehhehehe


Kita selalu kecewa bila orang yang kita sayang dan ingin miliki tidak menjadi milik kita.Malah bertahun-tahun bercinta tapi akhirnya tiada jodoh untuk kita.

Hari nie acik cuba terfikir tentang satu pekara iaitu takdir , memang betul agaknya ini adalah takdir kita dalam bercinta apa pon segala perkara yang berlaku dalam hidup kita.Beriman kepada qada’ dan qadar Allah s.w.t. adalah satu tuntutan ke atas setiap muslim yang beriman. Qada’ adalah pelaksanaan kepada ketetapan Allah s.w.t. ke atas makhlukNya di dunia ini, manakala qadar pula ialah takdir atau ketentuan Allah s.w.t. dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang munasabah.


Dalam hal ini, apa yang berlaku pada manusia itu, adalah takdir yang ditentukan Allah s.w.t. ke atasnya, selagi manusia belum menghadapi peristiwa tersebut, mereka masih boleh mengubah nasib hidup mereka sebagaimana pendapat Syeikh Abdul Qadir Jailani yang mengatakan manusia boleh menolak kesakitan dengan memakan ubat, penderitaan dengan kegembiraan, kekalahan dengan usaha dan perjuangan. Apabila telah berlaku ketentuan tersebut, manusia tidak boleh melarikan diri daripada berhadapan dengan takdir Allah s.w.t. sama ada dalam keadaan suka atau tidak suka. Allah s.w.t. menunjukkan kekuasanNya ke atas makhlukNya dengan meletakkan seluruh sistem kehidupan manusia terletak dalam ilmu pengetahuanNya, begitu juga seluruh ketentuan dan nasib yang berlaku pada manusia adalah dalam ilmuNya.

Cinta itu Fitrah!
Datangnya dari Allah !

Menguji IMAN Hambanya!
Yang mana lebih dicintainya???!
ALLAH yang Memberi Perasaan CINTA ATAU makhluk yang dicintainya??

Allah menguji iman hambanya....

Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan pelbagai persoalan tentang takdir dan cinta manusia kepada sesama manusia dan ALLAH.Cinta itu lumrah kita takkan dapat lari dari lumrah kita sebagai manusia.Walau sejauh mana,walau setinggi mana kita pergi..andai jodoh kita dengan empunya diri yang kita sukai,insyaALLAH.ALLAH akan satukan jua.Namun,walau sedekat mana pun,serapat mana pun,jika tiada jodoh takkan bersatulah pasangan itu..

Rahsia Allah swt adalah sesuatu yang amat indah selagi kita percaya Allah memberikan kita yang terbaik..insyaAllah segalanya akan membawa nikmat yang tak ternilai...


Allah SWT mengetahui segala yang tersembunyi..Kalau dalam rahsia Allah swt...tertulis dia jodoh kita insyaAllah berjodohan lah...Allah berpegang pada janjinya..Allah lebih mengetahui..kalau nak fikir dengan akal memang tak sampai sebab menusia ni lemah


Tapi sebenarnya kita sendiri tak pernah sedar bahawa perkataaan yang kita sebut tiap-tiap hari iaitu BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, yang membawa maksud dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Satu ungkapan yang amat mudah untuk disebut tak kira waktu pagi, petang ataupun malam.Jika difikirkan dalam satu hari sahaja berapa kali kita menyebutnya.... mungkin puluh atau ratusan kali. Hendak makan, hendak berjalan, hendak melangkah keluar rumah,memakai pakaian, memasak bahkan apa juga yang kita lakukan kita mulai dengan membacanya..bermakna Allah sayang pada kita..jangan jadi bodohlah..buat apa Allah suruh, tinggal apa Allah larang.. Allah akan mempermudahkan..

Jodoh yang baik kepada yang baik, benarlah

namun bila kamu melihat
dapatkah kamu menilai kebaikan?

yang kamu lihat hanyalah zahirnya
sedangkan ALLAAHUAKBAR melihat ke dasar hatinya

di situ letak ujianNYA

Share This!


10 ulasan:

  1. kalo kite menyukai n menyayangi seseorang, jgnlah kite mmberitahu kepadanye, tapi beritahulah kepade ALLAH agr ALLAH dekatkan hatinya. hanya ALLAH yg memiliki setiap hati ciptaanNYA :)

    BalasPadam
  2. sy stuju...sesungguh jodoh kite tetap akn dtg ble dh smpai msenye..=)

    BalasPadam
  3. ermmm yup btl tu kamu berkata berkata ..sokong :)

    BalasPadam
  4. Penghibur...
    Bersabar la dlm setiap ujian yg Allah swt berikan...di sebalik mendung menanti pelangi indah utk awak...percayalah...

    BalasPadam
  5. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik :)

    BalasPadam
  6. betul sekali. Allah lebih mengetahui. sini pon ade psl jodoh, jom singgah bang > andai kau jodohku

    BalasPadam
  7. Suka tp xtau nk wtpa..xtau cmner nk luah kan.. Xtau cmner nk start..blur~

    BalasPadam
  8. ermm necuba baru dan luahkan ..nnti lega giler rasanya

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails