Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Perempuan Bertudung Hisap Rokok



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat menaip di blog yang sederhana nie..aah sebelum tu jom la senyum dulu baru ada semangat sikit nak bercerita dan cuba buat diri sedikit gembira.Honestly hari nie sangat bengang dengan segelintir manusia yang menyusahkan sahaja.

Hari nie tadi dekat office datanglah seorang gadis nie, bila tengok dye boleh tahan, ada ciri perempuan yang baik , ayu dan sopan ,cakap pon dengan nada yang sungguh merdu dengan berpakaian baju kurung dan bertudung.. Wahhh ada peluang nie ..Tapi bila turun bawah terserempak lagi dengan dia tapi kali bagaikan hilang kata-kata apabila tengok perempuan yang tadi tengah hisap rokok.Rasa tergamam sedangkan acik yang lelaki pon tak hisap rokok..


Dah jadi perbualan dari dahulu lagi tentang isu nie, tapi dulu perempuan hisap rokok tak secara terang-terang tapi sekarang umpama jadi satu "trend" dan hisap rokok kat tempat awam. Kat officce acik ramai jugak perempuan hisap rokok. Pernah terjadi pada acik ,acik kerja jaga staff acik dan adalah 2 perempuan nie datang jumpe acik .Dia tanye acik kenapa yer kat company nie hanya lelaki saje ada "smoking break" dan kenapa perempuan tak ada ??? jadi terdiam rasanya dan acik just cakap sebab kat sini majority lelaki yang hisap rokok dan dia kata wah macam nie tak adil ..perempuan pon perlukan "smoking break" dan barulah acik tahu mereka hisap rokok..


Rokok membahayakan kesihatan. Semua akan setuju dengan statement ini. Cuma, apa yang perlu difikirkan ialah kenapa. Kenapa walaupun statement ini dipersetujui oleh semua, namun, rokok masih dijual dan dihisap oleh ramai orang ?? dan mengikut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan.

“Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Belas-kasih kepadamu.” (an-Nisa’: 29)


“Jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)


Faktor-Faktor Perempuan Hisap Rokok

1.Kecenderungan tabiat merokok dikalangan golongan tersebut dikenal pasti berpunca daripada empat faktor utama iaitu fisiologi, sosial, psikologi dan juga persekitaran.


Faktor fisiologi yang menjadi penyebab kepada gejala wanita merokok ialah perkara ataupun alasan yang tidak munasabah dikalangan wanita iaitu merokok dapat mengurangkan berat badan dikalangan wanita yang mementingkan penampilan mereka.

Ekoran kepercayaan di kalangan wanita Malaysia bahawa puntung rokok itu dapat membantu mereka mengekalkan bentuk badan dan menghalang mereka daripada menambah berat badan.


Rata-rata wanita Malaysia percaya bahawa merokok boleh mengawal selera, jadi mereka dapat mengawal pengambilan makanan dan mengawal berat badan mereka dan boleh mengekalkan kecantikan dan bentuk badan, tanpa mengetahui bahawa merokok boleh menjejaskan kulit mereka.


Selain itu, faktor psikologi yang dikaitkan dengan merokok ialah perkara berkaitan imej, ketagihan nikotin serta menangani persaan rendah diri dengan cara mengasingkan diri dari orang ramai dan menjadikan rokok sebagai teman di kala diri penuh masalah serta dilema.


Manakala faktor lain pula ialah persekitaran dan sosial atau lebih kepada terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya yang menyumbang untuk golongan wanita ini merokok.




Kesan Merokok Kepada Perempuan


1.Perokok wanita mempunyai kadar lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang tidak merokok.

2.Pelbagai jenis penyakit timbul berpunca daripada asap yang mengandungi 4,000 bahan kimia berbahaya kepada jantung, terutama nikotin dan karbon monoksida itu. Wanita yang merokok akan menjejaskan kesihatan mereka dan juga penyumbang kepada penyakit kronik seperti barah payudara, barah rahim, dan sebagainya

3.Seorang perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang sehari, akan menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.



Maybe sudah menjadi trend golongan perempuan hari nie yang mahu memperjuangkan persamaan taraf itu. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Golongan perempuan percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Bagi mereka, jika perempuan boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki, ia merupakan satu kebanggaan.So kepada sesiapa yang merokok behentilah ...merokok membahayakan kesihatan,So tepuk dada tanyalah iman ..ok adios :)

Catat Ulasan

14 Ulasan

obersea's berkata…
x tau nk ckp apa bila prmpuan yg b'tudung ayu pun hisap rokok. hadoii.
shamyheart berkata…
erk, ntah pape la perempuan hisap rokok..

biasanya jumpa org yg free hair, chinese, dan yg hisap dlm bilik stor. baunya, busuk..
iAmCekbolat berkata…
hgrr.. kwn cekbolat pmpuan hisap rkok.. dh beriban tegur.. tapi wt taktahu.. -_-"

apelah dunia
ridoma berkata…
rokok kan haram..byk lg cara utk jd sama hbt dgn lelaki atau cara lain kuruskan badan.
Akupenghibur.com berkata…
ermm tu la tak tahu nak cakap lagi ..even kata haram itu juga yg mereka cari
Honey Kumicky berkata…
Pergghhh....

buruknya tgk pmpuan mrokok..

NOT COOL...
Hanis Nizam berkata…
Pernah nampak masa makan dekat restoran hotel . Taksuke .
Yuliusgames berkata…
mgkn lg bete ...
Katrina Farhan berkata…
bab hukum ade kate makruh ade kate haram tp masih ramai ustad dan pak imam serban merokok...merokok hak individu...takde larangan wanita merokok walau bertudung...bahaye tetap ade pada laki dan wanita perokok...tp bende dah addict...saye start merokok umo 12...biar la org ckp bangang ke ape ke...faham2 lah kite zaman budak2 sume bende nak try...sume org pernah lakukan kesilapan...rokok dah sebati ngan saye sampai jadi perokok tegar macam laki malah ade juga laki yg kalah ngan saye...skarang umo 27 saye still kuat merokok...40-45 batang sehari...org tak caye saye wanita bertudung mampu merokok sebanyak tu...bile dah addict saye takleh kawal...husband pun tak dapat kawal saye...
Unknown berkata…
Akak saye betudung dan seorang perokok tegar jugak la..kalu tengok orangnyer macam tak caye die merokok..die baik ngan orang..sopan santun..pakaian sume yang feminin..betudung..ayu la..tapi isap rokok dunhill 2 kotak sehari..kalah abang long..die start merokok mase form 5 saje suke2..skarang umo 25..dari suke2 jadi ketagih dan tegar..bukan die merokok sebab die jahat..family mule2 tekejut jugak tapi lame2 memahami..hasband die tak merokok pun leh terima si isteri merokok..saye merokok cuma tak betudung dan tak sekuat akak saye..
Hasrul Zaky berkata…
For me la nmpk elegant, stunning dan sexy.

Mmg not cool. Tp HOT! tergoda