Pengikut

Khamis, 2 Februari 2012

Kenapa Dia Bukan Jodoh Kita



Assalamualaikum

Di Malaysia nie ada hampir 27 Juta rakyatnya, sebenarnya ALLAH telah tentukan jodoh untuk kita. Tapi hanya kita yang tak tahu dengan siapa dan di mana jodoh kita itu berada. Kadang-kadang kita kata kita dah jumpa jodoh dan cinta sejati kita tapi sebenarnya kita jumpa pada orang yang salah dulu barulah orang yang sebenar. Ada juga semasa kita mahu berjumpa dengan jodoh sebenar kita ada saja halangan untuk kita sebagai contoh semasa tu kita tengah ikat tali kasut dan dia lalu tanpa kita sedar.

Kenapa kita perlu mencari seseorang dalam hidup kita ?? Benarkah ada cinta sejati ??? siapa sebenarnya jodoh kita ?? betul kew ada orang selayaknya untuk kita ?? Itulah yang bermain di dalam fikiran kita... tapi kenapa yer orang yang kita sayang tinggalkan kita

Bila di buat bancian terhadap lelaki yang di tinggalkan pasangan masing-masing dan keputusanya adalah 3/10 pasangan.Maksudnya 3 adalah lelaki yang tinggalkan oleh pasangannya dan 7 lagi juga perempuan yang di tinggalkan pasangan. Kalau kita tengok boleh juga dikatakan lelaki yang di tinggalkan adalah kes terpencil.



Acik teringat lagi saat pertama kali acik berjumpa dengannya,senyumannya dan pandangan dia. Teringat lagi buat pertama kali dia melafaz kata cinta pada acik.. dan hal nie terjadi kali pertama apabila ada seorang perempuan yang mintak couple pada acik ..Memang seronok sangat

orang kata bila perempuan yang mintak couple nie jodoh akan berkekalan lama... acik pon tak sangka sebab kami hanya bertemua hanya 2 kali sahaja... so acik just terima saje sebab mungkin dia jodoh acik.. dia suka akan kata cinta dan benda puitis nie kadang-kadang pening juga melayan tapi layan je lah..

Tapi rasa terbalik dan rasa kurang selesa pada mulanya..tapi akhirnya acik mula jatuh cinta padanya dengan sifat penyayang,suka senyum dan mampu buat acik gembira ..Setiap perilakunya suka beri suprise ...

dia pernah kata ..hari nie awak tinggilah dan acik jawab tinggi?? awk semakin tinggi di kepala saya kerana selalu teringatkan awak dan semasa pernah kata juga .Awak hari nie rendahlah,acik jawab rendah ?? dan dia kata awak semakin rendah kerana sekarang berada di hati saya.

Dia pernah cakap izinkan saya jadi camera untuk awk supaya saya dapat rakam semuanya kenangan kita rasa bahagia sangat dengan dia sebab dia adalah perempuan idaman sesiapa saje dengan menjaga aurat, lemah lembut dan suka tersenyum.Setelah hampir 3 bulan kami couple acik puas cari dia kerana dia menghilangkan diri begitu sahaja.. acik cari tempat kami biasa melepak dan berjumpa..



Dan akhirnya acik jumpe dia kat taman biase acik jumpa dia dan dia sedang menagis.Masa tu dia tak berhenti minta maaf dengan acik.. kerana selami nie dia gunakan acik untuk jealous kan boyfriend dia dan selama nie manfaatkan acik.Acik rasa sedih giller rupanya selami nie dia tipu acik, kata-kata yang di berikan itu hanya dusta tapi dia kata dia dah putus dengan boyfriend dia untuk dengan acik


Kalau kamu semua akan percaya dia dan terima dia lagi kew??

acik terima dia juga sebab dah sayang tapi perangai dia dah berubah dan lain sangat sekarang dan acik dapat tahu yang dia masih berhubung dengan ex- boyfriend dia lagi ....dan akhirnya acik undurkan diri untuk mereka tapi biarlah kita berkorban untuk orang lain ...dan acik yakin akan ada seseorang untuk acik.


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. (Al-Quran, Surah Al-Nur: Ayat 26)

Rahsia: - sekiranya anda pernah berdosa besar, dan berkeinginan pula didampingi oleh pasangan yang soleh atau solehah - maka, perbaiki diri anda dahulu dengan tidak mengulangi akhlak buruk yang lepas dan berterusan membuat amal-amal baik, pasti Allah akan hadirkan untuk anda pasangan yang soleh atau solehah idaman hati menjadi pendamping anda untuk hidup bersama di dunia ini.


SEBAB 1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya apabila kita bertemu jodoh yangg sebenar,kita masih ada rasa syukur pada ketentuan ALLAH. SEBAB

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita dapat menjadi seorang penilai yang baik.

SEBAB 3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

SEBAB 4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

SEBAB 5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG,kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita,dan dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kehidupan kita pada masa depan...

SEBAB 6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

SEBAB 7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

SEBAB 8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita lebih faham bahawa… CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

SEBAB 9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,supaya kita…
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL

Share This!


24 ulasan:

  1. cinta tak semestinye memiliki ..

    BalasPadam
  2. supaya kita lebih tabah untuk mengharungi dugaan dalam kehidupan kita dan matang dalam membuat sesuatu keputusan...(ehh..ade kaitan ke..hehehe..)

    BalasPadam
  3. susahnyer nak jumpa cinta sebenar ni... huhuhu~..

    BalasPadam
  4. sy tinggalkan bf sy sebab tak tahan dgn sikap panas baran dia. tapi skrg rasa menyesal sebab sy rasa sy dah tinggalkan org yg betul2 sayangkan sy.. =(

    BalasPadam
  5. AKU MUNGKIN AKAN ALAMI INI... HUBUNGAN KAMI DAH SAMPAI PARAS HIDUNG

    JEMPUT SINGGAH ENTRI TERBARU
    NEXT TOP BLOGGER 1 EPISOD 4
    http://awieomar.blogspot.com/2011/05/next-top-blogger-1-episod-4.html

    BalasPadam
  6. hukhuk :'( sambil dengar lagu ombak rindu

    BalasPadam
  7. sabar ye ^^
    hehe...best baca cite cmni...x sngka ye

    BalasPadam
  8. itulah cinta... thank saye akan sabar :)

    BalasPadam
  9. memang susah nk jumpa cinta sebnar

    BalasPadam
  10. tapi, bleh caya ke skun. Laki y brutal tpi dy ckp nak brubh n kita nmpak prubhan... Tapi, entah la... kita nmpk sikit ja...y sbnarnya...dlm hti dy??? huhu... "Bleh bt topic ni, btoikah kata2 laki brual nak berubah???"... main2 saja... pikir2 la... pendapat anda??

    BalasPadam
  11. ntah la... kurang pengalaman...

    BalasPadam
  12. haih..bleyh lak jd cm tuh...
    hurm,saba jela..'peliharalah kesucian cinta yang kerap teruji,cintailah Allah nescaya cinta pasangan soleh turut dimiliki' ^_^

    BalasPadam
  13. kdang nak kita lebih berhati2 dlm mmilih psangan..dan nak kita manis bkan skadar mnanam tebu d tepi bibir..
    husna pnah wat apa yg gurl tu wat kat acik..tp last2 husna cari blik bdak laki tuu..haha..syg sudaa..^^

    BalasPadam
  14. kdg2 kte rasa dye mmg jdoh kte, tp sbnrnya tdk. kte akn lbeh matang bile kte brtmu dgn org yg slh, dan kte akn lbeh kuat :))))

    BalasPadam
  15. sejuk hati bila dgr 9sebab kt atas..
    tp camane cara nk cekal kn hati utk xbpaling ag??..bila kita da smpan 1 hrapan walau dye curang dpn mata pn ley maaf kn.
    yana da bkali2 putus n baek balik..xtahan ngn pjuk rayu dye..ssah kn nk cari jdoh yg betol2 abadi..

    BalasPadam
  16. mohon copy part sbb Allah menemukan kita dgn org yg salah tu ek....:)

    BalasPadam
  17. maybe dia bukan jodoh saya...sy ditinggalkan stelah brjauhan...trlalu sygkan dia...inginkan dia kembali wlupn dia sudh mmpunyai org lain yg lbih bguz dr sgla segi...huhu...

    BalasPadam
  18. Mengalir air mata baca entry ni..sebak..sob sob.. sedih betol terkenang kisah lalu..kisah kita sama la Acik

    BalasPadam
  19. Ya Allah ...
    Temukan la jodoh ku dgn hamba pilihan Mu
    Yg bole memimpin tangan ku hingga ke surga Mu
    Aamiin..

    BalasPadam
  20. Ya Allah ...
    Temukan la jodoh ku dgn hamba pilihan Mu
    Yg bole memimpin tangan ku hingga ke surga Mu
    Aamiin..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails