Pengikut

Selasa, 28 Februari 2012

Segmen Kenagan Persahabat Masa Sekolah Rendah



Assalamualaikum


Alhamdulilah akhirnya dapat juga join untuk segmen Kenagan Persahabat Masa Sekolah Rendah. Ishhh bila teringat balik rasa boleh ketawa sendiri dan rasa sedih pon ada sebab semua nie adalah peristiwa yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada blogger hapisah yang buka kembali sejarah masa zaman sekolah dulu.

Dulu masa kat sekolah acik ada kawan rapat, namanya tikah memang rapat sangat , bermain bersama ,makan bersama dan segala aktiviti di lakukan bersama. Bila dalam kelas tu rasa sunyi jer sebab tikah nie kelas lain tapi kelas kami tak jauh cuma sebelah menyebelah saje tapi demi nak concrete pada belajar abaikan sekejap kawan tu ..cewah ... bila time rehat mesti bersama-sama dan hampir semualah kegiatan kami bersama.Masa zaman sekolah dulu tak ada pon perasaan nak bercinta macam zaman sekarang nie.

Paling tak boleh lupakan kami makan dalam 1 pinggan yang sama. Masa tu tak pernah terfikir pon perasaan malu. Masa itu dialah sahabat yang sejati yang pernah acik ada walaupon kami lain jantina. Dia memang kawan yang setia, kelakar masa membuli budak-budak kecik dari kami...tikah nie memang pantang tengok budak kecik abiz di buli dia dan acik pon turut serta (jangan tiru aksi ini) :)

Tapi mane ada dalam persahabatan tak de dugaan, Dalam kami berkawan baik ada masalh yang berlaku . Masalah tersebut bukan datang dari kami tapi datangnya daripada keluarga. Mereka tak suka kami berkawan baik kerana ada masalah tertentu yang tak dapat di ceritakan ... Memang sedih giller masa tu ,tak ade kawan nak main sama-sama lbila rehat, tak ada kawan nak makan sama-sama dan tak ada kawan nak ajak membuli.

ayat yang tak boleh acik lupakan " Mak kita dah tak bagi kawan dengan awaklah ..macam mane nie ? "

Sejak dari tu hubungan persabahatan kami hampir pudar dan selepas acik active dengan sukan . Masing-masing dah buat hal masing-masing . Dan bila dah Darjah 6 kami tegur pon macam gitu ajer ..rasa sedih sangat kehilangan kawan dan sahabat terbaik ....Dan sampai sekarang bila berjumpa dah tak mesra macam dulu ...Tak tahu nak macam mane lagi ..ok lah sampai kat sini jer dulu sebab kalau nak ceritakan lebih terperinci kalah karangan SPM nanti ..biar ringkas cerita ..tapi bermakna(cewah) ....

Moral story jagalah persahabatan itu sebaik yang mungkin jangan jadi seperti kami ..ok jom join jugak segmen yer ..tutup 29hb bnie ..so jom join :)

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman.
Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini.
Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.
Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan
memohon padaMu bagi pihaknya,
kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku
dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu
dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan.
Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya.
Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya.
Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya.
Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya.
Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai
dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya
wahai Tuhan yang Maha Penyayang.


Share This!


3 ulasan:

syakirah samat berkata...

wahh syahdunyaaa..dilayan pulak lagu ombak rindu... HEHE nice entry.. hope awk kuat ye :)

Aku Penghibur berkata...

:) hihii

sha my heart berkata...

Terima kasih Acik sudi join =)
Tunggu nanti sha listkan semua peserta =)

Kesiannya, persahabatan dihalang keluarga.

Sedih plak baca doa kat bawah.. ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails