Pengikut

Isnin, 27 Februari 2012

Cara Untuk Menghadapi Si Sensitive Atau Kuat "Touching"




Assalamualaikum

Hai semua ,wah rasa rindu pada blog nie hampir 1 minggu tak update langsung blog acik nie disebabkan banyak pekara yang tak dapat di elakkan. Sorry sangat-sangat sebab tak dapat keluarkan entry , dan ada bertanya blog acik dah lame tapi kenapa masih tak ramai mengetahui. Sebenarnya blog nie memang dah lama cuma acik start active penghujung 2011 , so itulah sebabnya blog acik nie kelihatan macam blogger baru.

Oklah nak sambung balik entry pada hari nie. Mesti kamu pernah berjumpa dan berkawan dengan orang yang jenis sensitive ataupon kuat touching. Memang penat sikit layan orang yang berjiwa macam gini sebab dia aje asyik betul.Jiwa sensitive nie tak kira lelaki ataupon perempuan dua-dua ada...so berhati-hati

Ayat orang sensitive "yelah aku jelah yang salah ,ermm tak nak kawan la macam gini", dan lain-lain

Ada itu baru cakap sikit dah terasa, baru berbisik dengan kawan bila tak beritahu dia mulalah buat muka masam cuka ala monkey... ada juga baru kena marah atau tegur dah cepat-cepat menagis dan lari dari situ.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Salah ke nak sensitive ??

Jawapannya: Jeng jeng tak salah tapi berpada dan bertempatlah,maksudnya sensitive tentang isu tertentu..wokey ini acik berikan cara untuk menghadapi si Sensitive nie.


1) Beri masa untuk bersendirian

Berikan masa kepada mereka untuk tenangkan fikiran dan hati yang sensitive tu , berikan ruang supaya dia berfikir apa yang dia rasa dan apa yang dia lakukan itu. Senang cakap jangan gangu dia sementara waktu..



2) Berikan nasihat ketika Dia gembira

Orang yang jenis sensitive nie kalau di beri nasihat masa dia terasa dengan kata-kata kita nie memanglah cepat melinting dan makin lama merajuk..so bila dia berbaik dengan kita ataupun time makan bersama bagi nasihat dengan nada yang lembut dan katakan yang kita nie tak pernah sakitkan hati dia cuma bergurau.



3) Minta Maaf

Kebiasaanya yang perempuanlah kalau rasa ayat kita agak kasar lebih baik minta maaf .Lelaki nie jangan harap lelaki akan minta maaf remeh temeh macam gini..So kenapa lelaki cuba coolkan kawan kamu yang sensitive dengan ajak buat aktiviti yang dapat tenang si sensitive tu dan cubalah minta maaf dengan cara tersendiri.

4)Buatkan sesuatu yang dapat buat dia "happy"

Kalau kita dah tahu peragai dia yang jenis kuat sensitive tu kenalah jaga sikit ayat-ayat yang keluar dari mulut tu.. cuba buat dia happy dengan berikan sometime yang dia suka ataupun buatlah apa cara pun yang dapat buat dia happy.Sebagai contoh bagi coklat kew ,bagi gula-gula kew .

5) Buat tak tahu saje

Kadang memang penat melayan kerenah si sensitive nie, kalau dah stage kritikal dan kita pun dah face up dengan dia .Senang saje buat aje tak tahu dan anggap apa yang kita katakan ataupun apa yang kita buat macam tak buat salah apa-apa..so lebih senang.

Hahaha perasaan itu ALLAH yang berikan, Sensetive nie ada positive dan negativenya tapi kita ambillah mane yang elok.orang sensetive nie lebih penyayang dan lembut hatinya ..so ada kawan macam gini jagalah dan pandai-pandailah yer nak berkawan ..so sampai di sini dulu ...ok adios :)


Share This!


12 ulasan:

  1. terlalu sensitif tu...satu kecacatan.haha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah kecacatan kew ..waduh2 bahaya nie

      Padam
  2. sensitif dengan aku , tak dapat dipisahkan . jadi terimalah aku seadanya . :P

    BalasPadam
  3. kalau aku buat aku buat tak tahu je. nanti last last tegur juga kite ni. haha

    BalasPadam
  4. singah sini, serius tension kalau adew kawan sensitif nie, cakap pun nak bertapis-tapis...
    jemput singgah sini http://rendanghangus.blogspot.com/2012/02/assalamualaikum-semua-wah-lamanya-tak.html

    BalasPadam
  5. haiih,banyak kawan macam ni tau -,- suka merajuk je keje

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar itu indah dan separuh dari iman :)

      Padam
  6. susah juga bila dapat kawan macam ni. sampaikan kadang2 kita boleh terikut2 dgn perangainya. ye la, dia boleh merajuk2, kita pun nak juga. hahaha~

    P.s: Acik, segment kenangan persahabatan masa sekolah rendah akan tutup pada 29hb feb. Cepat2 =)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails