Pengikut

Ahad, 8 April 2012

Biarlah Aku Bersendirian Setika






Assalamualaikum
 
Hai semua , maaf sangat sekarang tak dapat update blog sekerap macam dulu, sekarang sedang sesuaikan suasana di Uitm dan suasana degree nie. Perasaan takut mebuak-buak yelah kita nie dari poli banyak yang perlu di baiki.. walaupon orang kata jangan adakan perbandingkan tetapi kita perlu sedar dan bangun. Memang betul ada jer orang berjaya dari poli dan acik nak jadi sebahgiaan dari mereka.

Sebenarnya kalau sesiapa yang sedar sekarang acik dan mula tak banyak cakap. Mungkin satu ketika nanti kamu semua akan rasa apa yang acik rasakan. Di mana di saat itu cuba jauhkan diri dari yang lain dan cuba menyendiri. Terima kasih sangat pada blog acik nie yang selalu jadi pendengar yang baik untuk acik.

Kawan, atau rakan, ialah orang yang kita kenal dia dan dia kenal kita. Sahabat pula, sama seperti kawan tapi lebih rapat dengan kita. Sahabat ialah orang yang tahu keburukan kita tetapi masih mahu berkawan dengan kita dan cuba mempertahankan kita daripada keburukan kita sendiri. Kawan pula, orang yang tahu keburukan kita, masih berkawan dengan kita tapi cuba menjatuhkan kita dengan berpelurukan keburukan kita.

Acik ada ramai kawan. Di facebook hampir 3000 orang tapi sahabat boleh di bilang dengan jari.Betul nie tak main-main

Acik pilih untuk mengasingkan diri.Kadang-kadang acik cuba larikan diri dari facebook, twitter dan mahupon handphone,nak lari jauh-jauh dari dunia fantasi.Dan juga di berikan peluang jauh dari segalanya.Kat kepala nie banyak sangat benda yang di fikirkan dan sehingga acik paksakan otak dan badan untuk buat semuanya walaupon dah tiba limit acik.
Sebab itu bersendirian menjadi pilihan hati. Kehilangan Cinta, laptop pula rosak, kad bank rosak dan orang bank tu buat 3 kali kad acik, telefon bimbit dibiarkan tiada bateri, akhirnya yang dipilih biarlah acik bersendirian memikirkan diri sendiri.

Ada sahabat yang nampak perubahan itu. Mereka memanggil, menghulurkan pelampung semasa acik terkapai-kapai. Terima kasih kerana ada sahabat yang memahami.

Hanya ini caranya. Walaupun ramai kawan, ada masanya kita lebih suka bersendirian. Dan saat itu, satu perasaan akan muncul. Satu semangat akan timbul. Perasaan magik di mana kita merasai kemanisan kesedihan. Semangat selepas kita termenung, menangis dan melepaskan semuanya pergi. Perasaan seorang loser yang bangkit dalam kelemahan. Perasaan seseorang yang tidak menyerah kalah walaupun di ambang kekalahan.

Dan di saat kita bersendirian inilah kita boleh muhasabah diri kita. Menatap dosa-dosa yang kita lakukan. Biarlah air mata mengalir dan berikan ruang hati untuk melafazkan segalanya pada peciptannya.Bukan mahu memencilkan diri dengan sekalian alam, tapi mahu berfikir dalam. Bila bersendirian di ruang yang sunyi dan aman, wujud rasa ada Tuhan. Bukan maksudnya selama ini tidak merasa ada Tuhan, tapi bila bersendirian rasa dekat dengan Tuhan.

Share This!


2 ulasan:

  1. Lange watches store would certainly be one of them. Nice clean design rolex replica and one of the best watches store to date, but hard to endorse for the above reasons. This rolex replica sale that the escapement receives an equal amount of energy each time regardless of how fully wound the mainspring barrels are. Unfortunately, replica watches uk seems like it will be quite hard to appreciate all this finishing since the replica watches is largely covered. And with a very limited annual production that maxes out at about 2017 timepieces per year, Zannetti focuses much of its imagination on the aesthetic details that make each watch a rarity. These details include highly decorated dials that may take well over a month to perfect, or exquisitely engraved replica watches and cases that rival some of the best. A nice looking watch, but I think I would have to pass on it, as I feel there are too many other more interesting replica watches at that price point.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails