Pengikut

Khamis, 26 April 2012

Nasihatku Kepadamu Kerana Kau Sahabatku... Jaga Tutur Katamu


Assalamualaikum...

Ketika hati penuh gudah gelana dengan apa yang acik harus tempuhi, kadang-kadang kita mampu berikan nasihat kepada orang lain tapi tidak untuk diri sendiri. Kita mampu berkata untuk bagi semangat untuk orang lain tapi diri kita perlukan semangat juga dari orang lain.

acik terfikir..

kita nie di facebook dan twitter atau pon di mana sahaja mengatakan bahawa ujianNya bermakna ALLAH sayang pada kita. Ujian ALLAH adalah sebahgiaan anugerah untuk mengangkat darjat hambaNya dan bermakna ALLAH selalu ingat kita.

Tapi adakah kamu ingat setiap kata-kata yang keluar tu ???

Bila ?? Siapa yang mendengar ??

Mestilah rakan-rakan dan orang yang berada di sekelilingmu dan pembaca yang membaca ayat yang kamu tulis itu...hmm..lupa ya...

inilah peluangnya untuk kamu buktikan kata-katamu itu...

Kerana sampai satu saat,Allah pasti akan menguji kita atas sesuatu yang pernah kita ucapkan...

untuk membuktikan sejauh mana kita mengimani ucapan itu..

ingat..!!

"iman itu adalah cabaran..!!"

iman di dalam diri manusia ini juga diiibaratkan seperti air dilautan, ada pasang dan ada surutnya. Begitulah di dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud;

"Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan LAILAHAILLALLAH." (HR Ibn Hibban)

Kamu boleh mengaku kamu mencapai tahap iman andai kau lepasi ujian ini...

lupakah kamu pada kata-kata hikmah Allah...

" sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya"~ Al-kahfi:7

Duhai sahabat..

kamu inginkan syurga Allah..kan?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"~ Ali-Imran:142

hmm..inilah yang perlu kita taruhkan...mana mungkin kamu akan mendapat hadiah syurga dari Allah andai ujian sebegini kamu tidak mampu hadapi...mana mungkin...

sedangkan dihadapanmu yang Allah hijabkan pandangan, terbentang 1001 lagi cabaran..

yang lebih hebat lagi...takkan ujian sebegini sudah membuatkan kamu lemah..lantas menghilangkan nilai kebergantungan pada Allah...

kalau begini sikapmu wahai sahabat

macam mana kamu nak hadapi ujian yang mendatang?

Memelihara dan memulihara ini bukanlah tugas mudah tetapi ia tidaklah sukar sekiranya berusaha kuat untuk melakukannya. Pertama, carilah teman, rakan atau sahabat yang terbaik yang sentiasa atau mampu untuk mengingatkan kita tentang apa yang kita lupa. Rakan sebegini tidak ramai, tetapi ada. Apabila kita berbicara dengan rakan-rakan kita, dengarlah dengan mata dan perhatikanlah dengan hati. Nescaya kita akan berjumpa dengan mereka. Jangan segan dan jangan malu untuk meminta nasihat, kerana adalah wajib seorang Muslim memberi nasihat sekiranya diminta.ermm semoga kita terus di landasan yang betul :) adios


Share This!


2 ulasan:

mastura aziz berkata...

woo,jiwang.haha

A servant of Allah. berkata...

perkongsian yg hebat bro..:). Barakallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails